Dalam Lawatan tersebut Yang Berhormat Pehin diberi taklimat tentang persekolahan semasa musim banjir besar yang melanda sebahagian besar Daerah Tutong baru-baru ini.
Selain itu YB Pehin juga diberi taklimat tentang perlaksanaan SPN21 dan program-program pembelajaran yang dikendalikan di SR DPS Ukong.

Ketibaan YB disambut oleh murid-murid dan guru-guru DPS Ukong.

Cikgu Samihon Hj Kachi (Guru Besar) memberi taklimat kepada Yang Berhormat Pehin sejarah sekolah dan latar belakang Guru-Guru Besar yang pernah bertugas di SR DPS Ukong.

Yang Berhormat Pehin meninjau pembelajaran Geography across curiculum melalui ICT yang dibuat oleh murid Tahun 6.











































