SR Panchong Tutong II telah pun membena "ECO GARDEN" pembelajaran yang diusahakan oleh Guru-guru, murid-murid, Ibubapa dan ahli-ahli PIBG yang terletak di kawasan Sekolah yang luasnya lebeh kurang 0.5 hecter.
Eco garden ini mempunyai keunikannya tersendiri yang mana Pihak Jabatan Perhutanan telahpun membantu sekolah mengenal pasti 41 jenis pokok dan banyak lagi tumbuhan jenis "Shrub" dan "Herb" serta pelbagai macam serangga serta habitatnya yang begitu berpotensi untuk pembelajaran dan pendidikan.
Selain itu tapak Eco Garden ini begitu sesuai untuk mengadakan aktiviti pembelajaran bukan sahaja untuk SR Panchong sahaja malahan boleh diguna pakai oleh sekolah-sekolah lain untuk aktiviti pembelajaran.
21 October 2009
18 October 2009
MESYUARAT GB/PGB bersama Pmk PP Daerah Tutong Oct 2009
Mesyuarat Akhir Tahun 2009 Pmk PP Daerah Tutong dan Pmk PPKD Tutong I bersama GB dan PGB telah pun diadakan pada 17.10.2009. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan rancangan kegiatan "School Cluster 2010".
School Cluster dihasratkan berperanan sebagai "Learning Hub" bagi murid-murid di sekolah agar ianya berorentasikan aktiviti, challenging dan tidak bertumpu sekadar di dalam bilik darjah sahaja.

Pmk PP Daerah Tutong , Cikgu Abdul Kani mempengerusikan mesyuarat.

GB dan PGB Sekolah-sekolah Rendah Daerah Tutong sedang mengikuti perbincangan dalam mesyuarat.

14 October 2009
Penyampaian Hadiah Pemenang ASEAN CORNER 2009
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan ASEAN CORNER peringkat negara telah diadakan pada 14-10-2009 bertempat di Sekolah Vokasional Nahkoda Ragam. Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Eusoff Agaki Hj Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Enam buah sekolah rendah dari Daerah Tutong telah pun berjaya dalam pertandingan tersebut iaitu Tutong i: Pertama SR Kiudang, Kedua SR Tutong Kem, ketiga SR Keriam. Tutong II: Pertama SR Lubok Pulau, Kedua SR PKN Bukit Beruang dan ke Tiga SR Rambai.

Guru Besar SR PKN Bt Beruang dan Guru Besar SR Rambai menerima hadiah dari Tetamu Kehormat majlis.

Para jemputan yang menghadiri majlis penyampaian hadiah ASEAN CORNER 2009.

Antara yang dipamirkan di Geleri ASEAN CORNER 2009.