Dalam lawatan belajar tersebut pelajar-pelajar telah dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah : pra sekolah, bilik ict dan perpustakaan sekolah.
Selain dari membuat lawatan pelajar-pelajar juga diberi kesempatan ikut belajar di kelas-kelas untuk mempelajari Bahasa Melayu dan Pendidikan Ugama Islam.


Sewakatu aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu pelajar-pelajar Compassvale telah diberi kesempatan untuk mempelajari pantun dan ikut sama dalam seri berbalas pantun diantara pelajar PKN Bukit Beruang dan Pelajar dari Singapore.


Pelajar-Pelajar dari Compassvale Singapura belajar bersama rakan-rakan tahun 5 di PKN Bukit Beruang.


Pelajar-pelajar juga berkesmpatan membuat lawatan belajar di Eco Garden Sekolah dan telah sama-sama menanam pohon Rambutan.


Kemuncak lawatan ialah menyertai persembahan kesenian dari pelajar-pelajar PKN Bukit Beruang. Dalam kesempatan tersebuat pelajar-pelajar Compassvale juga ikut menyertai tarian adai-adai dan pukulan hadrah. Setelah itu pelajar-pelajar berkesampatan ikut serta dalam membuat kueh Melayu Brunei seperti membuat kelupis dan pinjaram.










































