21 May 2009

Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong - QEE

Sekolah Sekolah Rendah dari Daerah Tutong : SR Sinaut, SR Tutong Kem, SR Benturan, SR Sengkarai, SR Panchong, SR DPS Ukong, SR Tanjong Maya dan SR Tumpuan Telisai telah mempersembahkan "Best Practices" mereka melalui pertandingan QEE yang berlangsung di Dewan Utama Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Berakas pada 21.05.2009.

Pasukan QEE SR DPS Ukong dan Pasukan QEE SR Tumpuan Telisai


Antara "Best Practices" yang dipertandingankan.

Para hakim QEE dan Guru-Guru Besar yang hadir.

17 May 2009

Peraduan Azan dan Ayat-Ayat Lazim Sekolah Rendah Kawasan Tutong II -(16.5.09)

Peraduan Azan dan Ayat-ayat Lazim bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong II telah diadakan di SR Panchong. Sebanyak 13 buah sekolah menyertai pertandingan tersebuat yang diwakili oleh 13 orang murid lelaki menyertai peraduan Azan dan 13 orang murid perempuan meneyertai peraduan Ayat-Ayat Lazim.



Azan bagi peserta lelaki sementara Ayat-Ayat Lazim bagi perserta perempuan.


Lima orang perserta terbaik Lelaki Peraduan Azan (Juara Peraduan Azan dimenangi oleh Wakil SR Tumpuan Telisai) dan lima perserta terbaik perempuan Peraduan Ayat-Ayat Lazim.(Juara Peraduan Ayat-Ayat Lazim dimenangi oleh wakil SR PKN Bukit Beruang) (Gambar diambil dari Blog SR Panchong)

Sebelum penyampaian hadiah disampaikan, Zikir Marhaban telah diadakan bagi meraikan seorang pelajar SR Panchong yang memelok Ugama Islam bersama keluarganya.

Taklimat Kesihatan HINI

Jabatan Sekolah-Sekolah dengan kerjasama dari Kementerian Kesihatan telah mengadakan taklimat HINI sebagai langkah berjaga-jaga wabak penyakit Selesema Khinzir yang sedang melanda sebahagian besar negara di dunia.
Pengetua-pengetua dan guru-guru besar dari sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah swasta telah pun hadir pada taklimat berkenaan yang diadakan pada 11hb Mei 2009.
Pengarah sekolah telah mempengerusikan taklimat tersebut. Selain taklimat pengetua-pengetua dan guru-gurubesar juga diberi CD taklimat untuk disampaikan disekolah masing-masing.


DS mempengerusikan taklimat. Taklimat disempaikan oleh Pegawai-pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan.


Pengetua-pengetua dan guru besar dari Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Kerajaan serta sekolah swasta yang hadir.

09 May 2009

Mental Computation Challenge Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II

Sekolah sekolah rendah Kawasan Tutong II telah pun mengungkayahkan satu pertandingan "Mental Computation Competition" bagi murid-murid Tahun 1,2 dan 3 yang diadakan di SR Benutan (9.5.2009).Program ini merupakan antara program untuk meningkatkan Mata Pelajaran teras untuk "School Cluster Tutong II.
Antara objektif program ini dibuat ialah untuk mempelbagaikan lagi aktiviti pembelajaran Mathematics agar ianya berkonsifkan menyeronokkan , kompetatif dan tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Seramai 39 orang murid terlibat dalam pertandingan ini.

Alu-aluan Pengerusi Pertandingan Cikgu Yong Ming Chok . Cikgu Abdul Kani Abdullah PPKD Tutong II juga memberi sedikit ucapan sebelum pertandingan.

Murid tahun 1 dan 2 menjalani "MCT" Challenge.

Murid tahun 3 bersedia untuk pertandingan. Pemenang bagi tahun 3 dijuarai oleh murid SR Penapar.

Juara Tahun 2 dari SR Benutan dan Juara Tahun 1 dijuarai oleh SR Bukit Udal.

05 May 2009

Perintah Kanak-Kanak Tahun 2000

Satu perjumpaan Pemimpin-Pemimpin Sekolah Rendah senegara bersama JAPEM telah diadakan di SR Rimba 2 pada 5.5.2009. Antara perkara yang dibentangkan ialah "convention on the right of child "yang mengariskan hak kanak-kanak dalam pelbagai aspek seperti hak terhadap pendidikan,hak kepada permakanan yang cukup, hak perlindungan daripada penyayaan dan explotasi dan lain-lain lagi.
Juga diterangkan peranan pemimpin-pemimpin sekolah bagi memberikan pendidikan yang sama bagi anak-anak yang kurang bernasib baik.