29 April 2010

Lawatan JAPSER Brunei 1 ke Daerah Tutong (SR Panchong Tutong II)

29.4.2010- JAPSER Brunei 1 (Guru-Guru Besar dan Penolong -Penolong Guru Besar dari Brueni 1) yang diketuai oleh PPKD Brunei 1 Cikgu Nudin bin Hj Mohammad telah pun membuat lawatan professional ke Daerah Tutong. SR Panchong menjadi Tuan Rumah lawatan ini.
Mereka telah pun membuat lawatan ke kelas-kelas dan bilik khas termasuk lawatan ke Eco Garden SR Panchong.

Pmk PP Daerah Tutong Cikgu Abdul Kani Abdullah dan PPKD Brunei 1 Cikgu Nudin Bin Hj Mohammad memberi ucapan sebelum sesi kongsi sama diadakan.

Guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar Brunei 1 dan GB dan PGB Daerah Tutong yang hadir dalam lawatan professional JAPSER Brunei 1.

Sesi Kongsisama Brunei 1 bertajuk "Educational Forum" disampaikan oleh salah seorang Guru Besar Brunei 1.

Kongsisama dari Daerah Tutong disampaikan oleh Pegawai-Pegawai Pelajaran dari SR DPS Ukong yang merupakan School Best Practice mereka bertajuk " 30 seconds Mathematics Challenge" yang berfokuskan kemahiran 4 operasi .

Sesi soal jawab dan perbincangan telah dibuat dan seterusnya penyampaian cenderamata dari ketua rombongan kepada Guru Besar SR Panchong, Cikgu Ukoi bin Anam.

28 April 2010

Lawatan Kerja Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Rendah dan Ketua Unit SPN ke SR Keriam Tutong.

28.4.2010-Pmk. Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Bahagian Pelajaran Rendah dan Ketua Unit SPN Kementerian Pendidikan bersama beberapa orang pegawai darj Jabatan Sekolah-Sekolah telah membuat lawatan ke SR Keriam Daerah Tutong. Tujuan lawatan ialah untuk meninjau dan bersemuka dengan pemimpin-pemimpin sekolah untuk berbincang dan berinteraksi secara dekat berhubung dengan pelaksanaan SPN 21 dan agenda-agenda utama Bahagian Pelajaran Rendah. Dalam sesi perjumpaan tersebut Guru-Guru Besar berkesempatan membuat laporan dan bersoal jawab tentang pengurusan sekolah masing-masing.

Cikgu Hj Ramli bin Hj Abd Rahman (Pmk PTTKK (R) dan Mdm Tan ketua Unit SPN membuat taklimat.


Pegawai-Pegawai dari bahagian Bahasa , Science dan Mathematic dan ICT juga membuat perbincangan tentang hal-hal yang berkaitan di sekolah-sekolah.

Guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong I yang hadir semasa lawatan.

27 April 2010

Cross puzzle mathematics Competation Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II

Sekolah Rendah Penapar Tutong 2 telah mengungkayahkan Cross puzzle Mathematics Competation bagi Tahun 4 dan Tahun 5 , 2010. Program ini merupakan program School Cluster sekolah-sekolah Tutong II . Objektif program ialah untuk meningkatkan kemahiran Numerasi di kalangan murid-murid selain itu objektif program juga ialah untuk mendedahkan murid dengan konsep pembelajaran "Play , Fun and Learn More" .
Crosspuzzle Mathematics berfokus pada kemahiran 4 oparesi iaitu (campur, tolak , darab dan bahagi serta kemahiran mengenal nombor).
Sebelum peraduan dilaksanakan program ini diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Pada peringkat seringan setiap sekolah menghantar 2 orang murid dari tahun 4 dan 5.
Pada Peringkat akhir peraduan pelajar-pelajar menggunakan Mac Book Computer dan mereka diberi masa 15 minit untuk menyelesaikan crosspuzzle mathematic yang mempunyai soalan sebanyak 30 soalan. Pelajar yang dapat menyelasaikan crosspuzzle Mathematics dalam masa terpantas dan markah tertinggi adalah menjadi pemenang peraduan.
Keputusan peraduan peringkat akhir ialah:
Tahun 4:
1. Hazirah Binti Zaini, SR Bukit Udal , markah 87% dengan masa 15 minit
2. Md Afiq bin Abu Hisham, SR Penapar ,markah 83 % dengan masa 6.35 Minit
3. Nina Natasya Phua , SR DPS Ukong , Markah 77 % dengan masa 11.21 minit

Tahun 5:
1. Ebudimanti Anak Mambak, SR Panchong , Markah 90 % dengan masa 9.06 minit
2. Norsaerina Binti Sablih, SR DPS Ukong, Markah 87 % dengan masa 11.23 minit
3. Mariana Christina , SR Benutan, markah 53 % dengan masa 15 minit


Pengerusi Pertandingan Cikgu Abdu Hamid Hj Mohammad menyampaikan ucapan alu-aluan. Cikgu Abdul Kani Abdullah , Pmk Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong memberikan ucapan dan saranan sebelum pertandingan dimulakan.



Murid-murid dari tahun 4 dan 5 yang menyertai pertandingan diperingkat akhir Crosspuzzle mathematics competation 2010 Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II.


Pemenang-pemenang menerima hadiah masing-masing. Selain itu sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan juga diberi sijil penyertaan dari Tetamu Kehormat.

26 April 2010

Perasmian Ex[ploreMaths 2010

Perasmian Exploremaths 2010 telah pun diadakan di SR Muda Hashim Daerah Tutong pada 26.4.2010. Majlis telah dirasmikan oleh Dr.Md. Kassim bin Hj Md Daud , Pengarah Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pendidikan selaku wakil peribadi Timbalan SUT Dr. Hj Junaidi bin Hj Abd Rahman.
Pada tahun ini Sekolah Rendah Muda Hashim dan Sekolah Menengah Muda Hashim telah menjadi tuan rumah pengendali projek Explore Maths 2010.

Pengerusi majlis Cikgu Zainal Arfan DP Hj Ahmad Pengerusi Bersama projek. Ucapan Tetamu Kehormat majlis.


Penyampaian "Flyer" Explore Maths 2010 kepada Guru-Guru Besar dan Pengetua-pengetua disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis.



Tetamu Kehormat sedang menyaksikan pameran-pameran ExploreMaths dari Sekolah-Sekolah Rendah dan Sekolah-Sekolah Menengah.

Murid-murid SR Muda Hashim membuat persembahan semasa perasmian Exploremaths 2010.

25 April 2010

Action Learning Program 2010

Action Learning Program yang dikendalikan oleh ILIA( Institute For Leadership Innovation & Advancement ), UBD bagi Pegawai -Pegawai Kanan, Bahagian Pelajaran Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah dan Pegawai-Pegawai Jabatan Kenaziran telah diadakan pada 24.4.2010.
4 pegawai JSS Daerah Tutong : Cikgu Abdul Kani Abdullah , Pmk PP Daerah Tutong, Cikgu Hj Shuani Hj Abd Kadir , PPKD Tutong 1 , Ck Hj Rosli Hj Akop ,Pegawai Pelajaran Kanan JSS Tutong dan Ck Hj Yahya bin Hj Abd Rahman , Penyelia Kanan Daerah Tutong telah menghadiri program tersebut.


Don Przygodski dan Robert Knowling, JR pakar yang menyampaikan Progran Action Learning.

Vice Censelor UBD, DR Zulkernain


Pegawai JSS Bahagia Pelajaran Rendah semasa sesi kongsisama.

20 April 2010

Sesi Dialog Bersama Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan 2010

Sssi Dialog Yang Berhormat Pehin Menteri bersama Pemimpin-pemimpin sekolah senegara telah diadakan di Razqun Hotel pada 17.4.2010. Pelbagai isu yang berkaitan kepimpinan, pembelajaran dan pengajaran telah disuarakan di majlis tersebut. Selain itu beberpa amalan terbaik sekolah juga dikongsisama bersama Yang Berhormat Pehin.
Pada sebelah petang nya diadakan sesi bengkel "Lesson Study" dari bahagian Pelajaran Menengah dan Rendah senegara.


Ucapan Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan semasa Sesi Dialog.



Sesi bengkel "Lesson Study" bahagian Pendidikan Rendah. Case Study disampaikan oleh Cikgu Hartini Haji Saniah Pegawai Pelajaran Dari SR Sengkarai Tutong.

16 April 2010

Sesi Kongsi Sama JAPSER Brunei 2B dengan Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar Se Negara.

Sesi kongsisama professional JAPSER senegara telah diadakan di SR Rimba 2 pada 15.4.2010. JAPSER Brunei 2B menyampaikan satu kajian dalam pengajaran penulisan karangan bergambar Bahasa Inggeris tahun 6.

Penyampai kertas kajian dari Brunei 2B. Pengerusi majlis Cikgu Azwan Lai, Pmk PPKD Brunei 2B bersama Cikgu Hj Ramli Hj Abd Rahman Pmk PTTKK (R) dan pegawai-pegawai Kanan Bahagian Pelajaran Rendah


Pegawai-Pegawai Bahagian Pelajaran Rendah yang turut hadir pada sesi Kongsisama JAPSER Brunei 2B.

Sesi soal jawab bersama guru-guru besar dan penolong-penolong guru besar.

Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Bahagian Pelajaran Rendah Cikgu Hj Ramli Hj Abd Rahman menyampaikan CD kajian kepada pengerusi-pengerusi JAPSER Daerah.