28 February 2009

Lawatan Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Ke SR DPS Ukong.

Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan membuat lawatan ke SR DPS Ukong untuk meninjau keadaan persekolahan di sekolah pedalaman.Turut sama dalam lawatan ialah SUT (CE) , SUT (HE),Pengarah-Pengarah dan Pegawai- Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.
Dalam Lawatan tersebut Yang Berhormat Pehin diberi taklimat tentang persekolahan semasa musim banjir besar yang melanda sebahagian besar Daerah Tutong baru-baru ini.
Selain itu YB Pehin juga diberi taklimat tentang perlaksanaan SPN21 dan program-program pembelajaran yang dikendalikan di SR DPS Ukong.

Ketibaan YB disambut oleh murid-murid dan guru-guru DPS Ukong.

Cikgu Samihon Hj Kachi (Guru Besar) memberi taklimat kepada Yang Berhormat Pehin sejarah sekolah dan latar belakang Guru-Guru Besar yang pernah bertugas di SR DPS Ukong.

Yang Berhormat Pehin meninjau pembelajaran Geography across curiculum melalui ICT yang dibuat oleh murid Tahun 6.


Yang Berghormat Pehin juga meninjau pembelajaran Bahasa Inggeris bagi Tahun 5.





26 February 2009

INDUKSI GB BARU 2009

Induksi Guru Besar yang baru dilantik telah dilakksanakan di IPA selama 2 hari 26&28 Feb 2009. Induksi ini diungkayahkan oleh HRD dengan kerjasama JSS (Bahagia Pendidikan Rendah )serta SHBIE (UBD).



25 February 2009

KONGSISAMA 'CHARACTER BUILDING SKILLS" GURU-GURU DH 6 KAWASAN TUTONG II.


Guru-Guru Dh 6 SR Lubok Pulau mengongsikan kemahiran belajar SQ3R untuk kemahiran belajar dan SR Panchong mengongsikan "Idola Sekolah" kepada guru-guru DH 6 sekolah-sekolah kawasan Tutong II.
Tujuan utama kongsisama ialah untuk mengongsikan pengalaman guru-guru dalam mengasuh "attitude positive" serta memberi kemahiran belajar yang perlu kepada setiap murid yang mereka asuh agar murid-murid lebih fokus.Idola Sekolah menunjulkan murid- murid teladan yang boleh dijadikan contoh pada rakan sebaya di setiap sekolah.

23 February 2009

SEMBATUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 25

Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam diadakan di Stadium Hassanal Bolkiah. Antara ribuan jemputan menghadiri acara gilang gemilang ini ialah guru-guru dan penuntut sekolah dari Daerah Tutong.





Penuntut-penuntut dari Daerah Tutong telah bersedia di sekolah masing-masing se awal 5 pagi untuk menyertai perbarisan gelang gemilang Hari Kebangsaan.

19 February 2009

Perjumpaan PPKDT2 bersama Guru Kanan Akademik 2009

PPKDT2 mengadakan perjumpaan dengan Guru-Guru Kanan Akademik dan Guru-Guru Dh 6 2009 untuk membincangankan mengenai penilaian pertama sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong II.
Antara yang disentuh ialah analisis pencapaian akhir tahun 2008 untuk melihat kekuatan setiap sekolah serta langkah-langkah untuk mengukuhkan lagi program pembelajaran 2009.



18 February 2009

SPN21 Professional Development Untuk Guru-Guru Bahasa Daerah Tutong & Belait Oleh Dr. Laura

Perjumpaan Guru-guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Inggeris Pra Sekolah termasuk guru EPPS bersama DR Laura Kaunsaltan Bahasa telah dibuat di SR Keriam pada 17.2.2009 jam 2 petang. Turut hadir ialah guru Kanan Akademik , Guru SENA, Pegawai-pegawai JPK, Kenaziran ,PPKD Tutong & Belait dan JSS.
Sesi awal dimulakan dengan taklimat berdasarkan dapatan dari lawatan Dr laura ke sekolah-sekolah di negara ini yang berhubungkait dengan pengajaran Bahasa di sekoalh-sekolah rendah. Setelah itu sesi bengkel yang dibuat dalam 4 kelompok.


Kira-kira 200 orang guru dari Kawasan Tutong 1, Tutong 2 dan Belait hadir.

16 February 2009

Persekolahan Selepas Banjir

Pemantauan sedang dibuat di sekolah-sekolah pedalaman yang dilanda banjir besar baru-baru ini. Keseluruhan sekolah-sekolah di Kawasan Tutong 2 telah pun beroperasi sepenuhnya dimana aktiviti pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa.




Aktiviti pembelajaran dan Pendidikan Jasmani SR AR Tanjong Maya .


Aktiviti pembelajaran di SR Penapar juga berjalan seperti biasa selepas banjir.

Murid-murid SR Layong juga belajar seperti biasa .


Peralatan keselamatan yang terdapat di SR Layong untuk keperluan keselamatan warga sekolah semasa musim banjir.
Di SR Panchong, walau pun pada minggu lepas air di paras 2 meter di sepanjang perjalanan ke sekolah, dimana perjalanan hanya boleh dilalui dengan boat tentera. Tetapi keadaan ketika ini sudah sepenuhnya pulih seperti biasa.
Pembelajaran murid di semua kelas juga telah bejalan seperti biasa.

12 February 2009

School Improvement Program (SIP) 2009

Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah telah memilih 11 buah sekolah (9 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah) untuk diserapkan dengan program SIP 2009.

Dalam Sesi Taklimat SIP 2009, Datin Paduka Dayang Apsah binti Hj Abd Majid , Setiausaha Tetap (Pendidikan teras) juga menyampaikan ucapan. Turut hadir DS,PPM,PPR dan PPKD

Lawatan Pmk Pengarah JPK dan Rombongan Ke SR KG Bukit (12.2.2009)

Pemangku Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum dan pegawai-pegawai dari JPK telah pun membuat lawatan ke SR Kg Bukit untuk memantau pelaksanaan SPN21. Rombongan telah sampai di SR Bukit kira-kira pukul 9.45 pagi setelah melalui perjalanan yang jauh dari Jalan Rambai , Merimbun, Long Mayan dan seterusnya ke KG Bukit untuk mengelak air banjir di kawasan Mukim Ukong.

Cikgu Jalan memberi taklimat kepada Pmk Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum mengenai pelaksanaan SPN21 di sekolah SR KG Bukit. Dalam taklimat juga disentuh pencapaian akademik, program literasi, numersi dan intervensi.

Pmk Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum dalam sesi taklimat.

11 February 2009

Info Banjir 11.02.2009

Keadaan Banjir Daerah Tutong semakin reda. Kebanyakan sekolah yang terjejas yang ditengelami banjir besar lebih kurang 1 minggu lamanya pagi tadi telah dibuka semula: SR Benutan, SR Panchong, SR Rambai, SR Layong, SR DPS Ukong, SR Long Mayan, SR KG Bukit dan SR Bukit Udal di mana murid-murid telah dapat belajar semula dan guru-guru bertugas seperti biasa.
DI SR Penapar dan SR AR Tanjong Maya sekolah akan dibuka semula pada 12.02.2009 (esok)setelah kerja-kerja pembersihan dibuat selama 2 hari. Selain itu keadaan sekolah juga diambil perhatian untuk mempastikan ianya selamat untuk murid-murid belajar.



Guru-guru SR AR Tg Maya bertungkus lumus membersih bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah yang dipenuhi lumpur sejak pagi kelamarin.

GB, Cikgu Hjh Nurul Inani dan Guru Kanan pun ikut berkerja keras untuk mempastikan murid-murid dapat belajar esok.

10 February 2009

HM Melawat Kawasan dilanda Banjir Daerah Tutong.

HM telah membuat lawatan ke kawasan dilanda banjir di Daerah Tutong iaitu di Mukim Tanjong Maya, Kg Penapar ,Layong dan sekitarnya pada pagi 10 Februari 2009.

Baginda sempat membuat lawatan ke SR Lubok Pulau.

Selain itu Baginda sempat meninjau keadaan Banjir di SR Layong.
Antara yang menjadi perhatian Baginda ialah pembelajaran dan keselamatan murid semasa banjir besar yang sedang melanda.

Schools Cluster 1,2 dan 3 Kawasan Tutong II akan Mengadakan Science Project Presentation untuk Murid Tahun 4,5 dan 6

Program pembelajaran "Science accross the Curriculum" menerusi ICT akan diungkayahkan oleh murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 sebagai aktiviti pembelajaran Science. Dalam projek ini nanti satu pertandingan Science projek Presentation akan dibuat di dalam Cluster. Cluster I bagi tahun 4, Cluster 2 tahun 5 dan cluster 3 tahun 6.
Perjumpaan di atas telah dibuat di JSS Tutong pada 9hb Februari 2009,untuk membincang dan menyelaras format yang akan digunapakai nanti. Pengerusi bersama Cikgu Abd Hamid bin Hj Mohammad, GB SR Long Mayan, Cikgu Mohammad bin Hj Md Saat, GB SR Bukit Udal dan Cikgu Hjh Nurul Inani binti Ahmad Kumpoh, GB SR AR Tanjong Maya telah pun membuat perbincangan dengan Guru-guru Science dan ICT dari ke tiga-tiga Kluster.

09 February 2009

Info banjir Sekolah Kawasan Tutong II

9.2.2009 - Banjir di Daerah Tutong beransur surut. Sehingga pagi ini sekolah pedalaman: SR Benutan, SR Panchong, SR Layong, SR Penapar dan SR Tanjong Maya masih belum beroperasi disebabkan jalan masih terputus dan murid tidak dapat hadir.

Sekolah-sekolah SR Long Mayan, SR Bukit, SR Rambai, SR DPS Ukong dan SR Bukit Udal sekolah sudah beroperasi seperti biasa walaubagaimana pun kehadiran murid masih terlalu sedikit desebabkan masalah perhubungan dan sebilangan kecil guru masih melapor di sekolah berdekatan.
Tinjauan yang dibuat pada pagi ini:
Kerita Guru-Guru SR Panchong dan SR Benutan yang diletakkan di Simpang 4 Panchong- Rambai disebabkan jalan terputus. Perhubungan hanya boleh dilalui dengan boat Tentera dan Bomba.
Bahagian Keselamatan yang bertugas di Simpang 4 Panchong.

SR Rambai telah beroperasi seperti biasa.Walaubagaimanapun air masih lagi terdapat di sana-sini.

Keadaan jalan di kawasan Kg Layong. Jalan masih ditutup dan tidak dapat dilalui.

08 February 2009

Info terkini Banjir di KG Penapar Daerah Tutong.

GB SR DPS Ukong menghantar gambar melalui email untuk dikongsikan keadaan di Kampong Penapar yang berdekataan dengan Sekolah Rendah Penapar

SR Penapar yang tidak terkecuali dilanda banjir

Jalan raya yang berdekatan Sekolah yang ditengelami air setinggi 1 meter.

Setengah rumah ditengalami air sehingga paras leher ditingkat bawah
.
Para sukarelawan dan pihak Gerakan bencana Alam bertungkus lumus membantu orang kampong. (Updated- 6pm-8.2.2009)

PPKDT2 dan GB Tutong II Membincang "Standard Operational Prosedure" Untuk Sekolah




7.2.2009,Sehubungan dengan keadaan banjir besar yang menimpa dan menjejaskan 10 buah sekolah rendah di kawasan Tutong II,PPKDT2 dan GB Sekolah Kawasan Tutong II telah membuat perbincangan untuk menyelaras Standard Operational Prosedure untuk digunapakai oleh sekolah dalam menangani apa jua musibah seperti banjir, tanah susur, kebakaran dan termasuk penyakit berjangkit.

Info Banjir Daerah Tutong (8.2.2009- 3-5 pm)

Ahad 8.2.2009, keadaan banjir di KG Penapar masih kritikal. Di jalan raya air sekitar 1 meter. Mengikut GB DPS Ukong di tingkat bawah dalam rumahnya air paras leher. Beliau sendiri bertugas menjadi sukarelawan mengageh-agehkan makanan kepada orang kampong terjejas.
Mengikut guru SR Penapar kelamarin pagi di SR Penapar, air dah masuk dalam bilik darjah di paras 20 cm.
SR DPS ukong keadaan banjir belum banyak berubah sejak kemarin. Keadaan air masih dalam di sekitar sekolah dan air memasuki bilik-bilik darjah.
Di SR AR Abd Rashid Tanjong Maya, keadaan sudah surut pada pagi ini tapi di dalam dewan air masih sekitar 60cm (paras lutut).



Gambar SR Tanjong Maya yang diambil pukul 430 pm 8.2.2009

06 February 2009

Banjir Terkini Daerah Tutong hari ke 3 (6.2.2009)


Keadaan di Jambatan Kg Tanjong Maya pada pukul 4.00 petang 6.2.2009. Kerita masyarakat persekitaran KG Tanjong Maya telah diletakkan di Tanah Tinggi tidak jauh Sekolah Menengah Tanjong Maya yang baru. Kerita biasa sudah tidak dapat melalui jambatan Tanjong Maya.


Keadaan di Jambatan Sungai Kelekas Kg Keriam pada pukul 6 petang 6.2.2009.

Banjir Terkini Daerah Tutong


This photo is taken from SR AR Tg Maya Blog
Some of our GBs are sleepless. This morning I recieved a sms at 3.30 am from GB AR Tg Maya telling the water is raising higher n higher . Kita juga sangat sempeti to GB Ukong rumahnya ditegalami air sedalam 2 meter according to him kampongnya dah macam lautan. So sama-sama tah mendoakan untuk keselamatan durang.

05 February 2009

Kongsisama Professional Guru Besar Dari Daerah Temburong (5.2.2009)

.
Pengerusi JAPSER Daerah Tutong Hj Rosli bin Hj Akop menerima CD bahan taklimat dari Pmk PPKD Temburong.


GB dan PGB yang menghadiri kongsisama . Tema kongsisama ialah Sekolah Berkesan dan Program Membaca yang diamalkan di Daerah Temburong. Semua PPKD dari 4 daerah hadir sama.