30 April 2009

PERTANDINGAN SUDOKU (MATHEMATICS) TAHUN 6 SR KAWASAN TUTONG II -30.4.2009

Untuk meningkatkan lagi minat murid-murid dalam mata pelajaran Mathematics dan ICT serta mengalakan "Thinking Skills, satu aktiviti pembelajaran Mathematics SUDOKU telah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 6. Sehubungan dengan ini SR Danau Cluster 1 telah diamanahkan untuk mengendalikan aktiviti ini.
Sebanyak 26 orang murid dari 13 buah sekolah menyertai pertandingan ini yang dibuat dalam 2 pusingan iatu peringkat seringan dan akhir. 3 orang murid telah masuk ke pringkat akhir iaitu dari SR KG Bukit dan SR Rambai. Peringkat akhir melibatkan murid menggunakan Computer untuk menyelesaikan masalah Mathematics.

Alu-aluan Pengerusi Cikgu Mohammad bin Hj Zaidi GB SR Danau. PPKDT2 selaku tetamu kehormat pertandingan juga diberi kesempatan untuk memberi ucapanan.

Guru-guru Besar serta guru-guru pengawas yang hadir dipertandingan SUDOKU

Johan pertandingan dijuarai oleh SR KG Bukit. Tempat kedua SR Rambai dan ke tiga SR KG Bukit (Bekas Murid SR Long Mayan)


Peserta dari SR KG Bukit yang menjuarai perlawanan dapat menyelesaikan Puzzle Sudoku dengan masa terpantas 6minit 05 saat.

24 April 2009

Lawatan YB Pehin Menteri Pendidikan Ke Daerah Tutong

Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan telah membuat lawatan kerja ke Daerah Tutong pada 23.4.2009. Lawatan ke SR Penanjong diiringi sama oleh Timbalan Menteri, SUT (CE), SUT (HE) Tim SUT , DG, Pengarah-pengarah dan Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.

Kehadiran YB disambut oleh warga sekolah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan . Dalam lawatan YB melihat sendiri sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik-bilik darjah serta meninjau pelaksanaan SPN21 dan kemudahan infrastruktur yang terdapat di sekolah.


YB juga berkesempatan berinteraksi dengan murid-murid serta guru-guru SR Penanjong.

22 April 2009

Tahun 4 Science Projek "PowerPoint Presentation"

Pertandingan Peringkat akhir Science Projek Power Point Presentation Tahun 4 di kendalikan oleh SR Bukit Udal (Cluster 2) yang diadakan pada 22.4.2009. Program bertujuan untuk menjurus pembelajaran murid ke arah "activity oriented dan pupils' centered". 11 buah sekolah kawasan Tutong II telah menyertai aktiviti pembelajaran ini.

Dewan SR Bukit Udal tempat pertandingan. Para jemputan, guru-guru pengawas serta peserta yang hadir.

Tahun 4 SR Bukit Udal Tutong II . Tahun 4 SR Panchong Tutong II

Tahun 4 SR Lubok Pulau Tutong II. Ketua hakim memberi ulasan


Pemenang tempat Pertama SR Bt Udal. Tempat ke 2 SR Panchong Tutong II

Tempat ke 3 SR Lubok Pulau

16 April 2009

Masyuarat Dialog Pendidikan Mencegah Rasuah bagi Sekolah-Sekolah.

Masyuarat bagi persediaan untuk mengadakan Dialog Mencegah Rasuah bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Pengajian Islam dan Pendidikan Swasta telah diadakan pada 16 April 2009 di Ibu Pejabat Biro Mencegah Rasuah di Ibu Negara
Dialog ini akan diadakan di empat-empat Daerah pada bulan Jun nanti yang melibatkan Guru-guru serta ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru senegara.

PPKD yang hadir pada masyuarat di atas.


Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan.

13 April 2009

PENYAMPAIAN SIJIL RELA 2007-2008

Penyampaian Sijil bagi guru-guru dan fasilitator kursus pengajaran RELA telah diadakan di SR Rimba 1 pada 13.4.2009. Tetamu kehormat majlis ialah Cikgu Aidin bin Abu Bakar , Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Rendah selaku wakil peribadi Pengarah Sekolah- Sekolah.

Guru-Guru dan guru-guru besar yang hadir di majlis penyampaian Sijil RELA.

Pameran Mini Projek-Projek Bahasa Inggeris yang dibuat semasa bengkel dikendalikan.

SR PKN BUKIT BERUANG TUTONG II School Improvement Program (SIP)

"School Improvement Program" (SIP) merupakan satu program yang dikendalikan oleh Jabatan Kenaziran dan Jabatan Sekolah-sekolah untuk membantu sekolah-sekolah meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran murid dan pengajaran guru agar pencapaian sekolah akan lebeh menyerlah dan berdaya tahan. SR PKN Bukit Beruang akan menjalani peringkat pertama program ini dari 11-14/4/2009.

12 April 2009

Pertandingan Science Powerpoint Presentation Tahun 5 Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 2 Anjuran SR AR Tanjong Maya (Cluster 2)

Pertandingan Science Power Point Presentation bagi Tahun 5 telah di kendalikan oleh SR AR Tanjong Maya bagi Cluster 2 yang diadakan pada 11.4.2009. Program ini merupakan antara kegiatan pembelajaran sekolah-sekolah secara "School Cluster" yang dihasratkan dapat memberi peluang dan mendedahkan murid-murid dari semua sekolah termasuk sekolah-sekolah pedalaman, untuk melibatkan diri dalam pembelajaran Science dan mengongsikannya dengan rakan-rakan sesekolah serta rakan-rakan di sekolah lain selain itu ianya juga dihasratkan untuk meningkatkan lagi minat murid-murid dalam pembelajaran science menerusi kegiatan pembelajaran.

Pengerusi Majlis Cikgu Hjh Nurul Inani binti Ahmad Kumpoh menyampaikan kata alu-aluan sebelum pertandingan dimulakan.

Tiga buah sekolah telah masuk ke peringkat akhir: SR Long Mayan Tutong 2, SR Danau dan SR DPS Ukong.

Cikgu Sanah, mewakili hakim pertandingan memberi ulasan tentang pertandingan yang diadakan.

Penyampaian hadiah yang disampaikan oleh PPKDT Tutong II selaku Tetamu Kehormat Pertandingan kepada sekolah-sekolah yang berjaya: Johan ialah SR DPS Ukong, Naib Johan SR Long Mayan dan tempat ke tiga SR Danau.

Penyampaian sijil penyertaan kepada sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan.

05 April 2009

Pertandingan Mari Bercerita Peringkat Akhir Daerah Tutong

Peraduan Mari Bercerita Peringkat Akhir Daerah Tutong telah diadakan di SR Bukit Udal Tutong II. Tetamu kehormat peraduan ialah Dayang Hajah Aminah binti Hj Momin, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

10 orang perserta peringkat akhir yang menyertai peraduan mari bercerita peringkat akhir Daerah Tutong.

Dayang Wafaa Wajihah binti Mohammad Rosmadini, SR PKN Bukit Beruang Tutong II yang menjuarai peraduan Mari Bercerita Daerah Tutong

Tetamu Kehormat Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin
Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka menyampaikan hadiah kepada seorang dari pemenang.

Persembahan tarian dari murid SR Bukit Udal menyerikan lagi sesuana peraduan Mari Bercerita.

Sesi Kongsisam JAPSER Belait 2-4-2009-IPA


Sesi Kongsisama Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah Daerah Belait telah diadakan pada 2.April 2009 bertempat di IPA. Tujuan kongsisama ialah untuk berkongsisama amalan-amalan terbaik Daerah Belait kepada kawasan-kawasan lain. Pegawai-pegawai bahagian rendah dan Guru-guru besar senegara hadir di perjumpaan tersebut.

01 April 2009

Penutupan SR LONG MAYAN TUTONG II (1.4.2009)

SR Long Mayan ditutup mulai 1.4.2009 disebabkan kerusakan pada struktur bangunan. Murid-murid sekolah ini seramai 31 orang telah dipindah ke SR Kg Bukit yang jauhnya 5 km dari Kg Long Mayan. PPKDT2 dan PDT2 sama-sama hadir di SR Long Mayan untuk sama-sama membaca doa selamat majlis penutupan sekolah serta pemindahan murid. Doa selamat telah disempurnakan oleh Guru Besar SR Long Mayan sendiri - Cikgu Abd Hamid bin Hj Mohammad.

Taklimat serta doa selamat sebelum murid meninggalkan SR Long Mayan.

Murid-murid menggunakan 2 buah bas untuk perjalanan ke SR KG Bukit setiap hari. Dan ini lah juga pengalaman pertama bagi sebilangan murid menaiki bas.

Ibubapa juga turut hadir ke SR Long Mayan untuk sama-sama menghantar anak-anak mereka ke bas yang akan membawa anak-anak mereka ke SR Kg Bukit.

Setiba di SR KG Bukit murid-murid di sambut oleh Guru Besar serta warga sekolah yang lain. Taklimat juga disampaikan oleh Guru Besar SR Kg Bukit kepada murid-murid yang baru berpindah.