31 March 2010

Mathematics Projects Power Point Presentation Challenge

Mathematics Project PowerPoint Presentation Challenge bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong 2 telah diadakan di SR AR Tanjong Maya. Sebanyak 9 buah pasukan masuk ke peringkat akhir yang terdiri 3 pasukan tahun 4, 3 pasukan tahun 5 dan 3 pasukan tahun 6.
Tujuan program diadakan ialah untuk meningkatkan lagi kamahiran Numerasi dikalangan murid-murid selaras dengan Agenda Utama Bahagian Pendidikan Rendah serta matlamat SPN21 Kementerian Pendidikan.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Tahun 4:
Pertama: SR AR Tanjong Maya.
Kedua: SR Bukit Udal
Ketiga: SR PKN Bukit Beruang

Tahun 5:
Pertama: SR Panchong
Kedua: SR PKN BUkit Beruang
Ketiga SR AR Tanjong Maya

Tahun 6:
Pertama : SR Panchong
kedua: SR PKN Bukit Beruang
Ketiga : SR Bukit Udal


Aksi-aksi murid yang menyampaikan Mathematics Project Power Point Presentation.



Pemenang-pemenang yang menerima hadiah

Para juri yang menghakimkan pertandingan. Ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis

Para hadirin yang sama-sama hadir pada peringkat akhir Mathematics Project Power Point Presentation Challenge 2010.

17 March 2010

Perjumpaan Guru-Guru Lukisan Sekolah rendah Daerah Tutong bersama Pensyarah UBD

Guru-Guru Lukisan Sekolah Sekolah Rendah Daerah Tutong telah membuat satu perjumpaan dengan Pensyarah-Pensyarah Lukisan dari UBD di Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong pada 17.3.2010. Tujuan perjumpaan ialah untuk berbincang mengenai pengajaran dan pembelajaran lukisan seperti yang digariskan dalam SPN21. Selain itu isu-isu yang dihadapi oleh guru-guru lukisan dalam pengajaran dan pembelajaran murid juga dibincangkan.


16 March 2010

Sumbangan Derma Kepada Murid dari Keluarga Susah

Seramai 12 orang murid dari kelangan keluarga susah dari SR PDN PJ Sengkarai (7 orang) dan SR Penanjong (5 orang) telah mendapat perhatian dan sumbangan derma yang berbentuk buku-buku tulis dan pakaian sekolah dari National Insurance Sdn Bhd. Murid tersebut 5 pra sekolah, seorang tahun 2,seorang tahun 3, seorang tahun 4, seorang tahun 5 dan tiga orang tahun 6.


Pengurus Am National Insurance Sdn Bhd Mr Kolja Klawunn dalam ucapannya menyatakan projek tersebut merupakan salah satu sumbangan syarikat tersebut kepada masyarakat yang memerlukan.
Pmk PP Daerah Tutong mewakili murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan dalam ucapan penghargaan dan terima kasihnya berharap agar kerja sama untuk membantu murid yang memerlukan bantuan untuk pendidikan dapat diteruskan dimasa hadapan untuk sama-sama mencerahkan lagi peluang mereka dalam pembelajaran.



Pengurus Am National Insurance Sdn Bhd Mr Kolja Klawunn menyampaikan sumbangan Derma yang berbentuk buku tulis dan pakaian seragam sekolah.

15 March 2010

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan Ke SR KG Menengah Daerah Tutong


Keberangkatan Kebawah Duli di SR KG Menengah dijunjung oleh Cikgu Hj Zainuddin Abu Bakar Guru Besar SR KG Menengah.

Baginda berangkat melawat aktiviti pembelajaran murid-murid (Murid tahun 1 membuat kegiatan Art and Design- Memotong dan mengubah buah-buahan)

Baginda berinteraksi dengan murid tahun 2 dan tahun 3.

Baginda menyaksikan kegiatan scinece tahun 4

Baginda juga berkesempatan melihat aktiviti Bahasa Inggeris dimana murid membuat Chatting melalui internet dengan rakan-rakan mereka di Sekolah Rendah Tumpuan Telisai sempena keberangkatan Baginda di Sekolah Rendah Kg Menengah.

Lawatan ke kelas Pra Sekolah- murid-murid menyanyikan lagu "Ini Sekolah Ku Sekolah Rendah Kg Menengah"

Guru-Guru mengambil kesempatan bergambar kenang-kenangan bersama Kebawah Duli .

14 March 2010

Perjumpaan Pmk Penolong Pengarah Dengan Pegawai-Pegawai Pelajaran Sekolah Sekolah Rendah Daerah Tutong.

Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong Cikgu Abdul Kani Bin Abdullah bersama PPKD Tutong I, PPK JSS Tutong ,PKD telah membuat perjumpaan bersama Pegawai-Pegawai Pelajaran Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong pada 13.3.2010.
Seramai 153 orang pegawai pelajaran telah hadir untuk mendengar taklimat mengenai Expektasi Kementerian Pendidikan dan Ekpektasi Bahagian Pendidikan Rendah terhadap Pegawai-Pegawai Pelajaran selaku "School Management Team" dalam merealisasikan matlamat Agenda Utama Kementerian Pendidikan dalam melaksana Dasar Literasi dan Numerasi.
Perkara lain yang disentuh ialah Peranan Pegawai Pelajaran dan Etika Kerja.



11 March 2010

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam, Kementerian Pendidikan NBD bagi tahun 1431H.

Kementerian Pendidikan telah mengadakan majlis sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang diadakan di Dewan Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan pada petang 11 Mac 2010.
Tetamu Kehormat Majlis ialah Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohammad Taib, Menteri Pendidikan.
Dalam Majlis yang sama diselajurkan dengan majlis meraikan 6 orang saudara baru yang terdiri dari guru-guru . Salah seorang saudara baru tersebut ialah Cikgu Mohammad Khairi bin Abdullah Markineh , seorang guru yang mengajar di SR Benutan Tutong II.

Cikgu Mohammad Khairi bin Abdullah Markineh (No 2 -memakai baju biru)

Lawatan Pmk PTTKK Bahagian Pendidikan Rendah Ke SR Kg Menengah

Pmk Pegawai Tugas Tugas Khas Kanan Bahagian Pendidikan Rendah Cikgu Hj Ramli bin Hj Abd Rahman bersama Pmk Penolong Pengarah JSS Tutong serta PPKD Tutong I dan PPK JSS Tutong telah membuat lawatan kerja ke SR KG Menengah untuk meninjau pengurusan sekolah serta keperluan pasarana sekolah tersebut. Selain dari membuat perbincangan dengan Guru Besar serta guru kanan, lawatan ke bilik -bilik darjah dan bilik -bilik khas juga dibuat untuk melihat aktiviti pembelajaran diadakan.

School Leadership Workshop

Bengkel School Leadership bagi Pengetua dan Guru Besar yang diadakan selama seminggu di UBD(School of Management)
Pada 10.3.10 Pegawai-pegawai kanan dari bahagian Pendidikan Rendah telah dijemput untuk melihat sesi workshop diadakan.
Pada sebelah petangnya sesi Dialog bersama Pehin Menteri juga di adakan untuk memberi peluang kepada Pengetua dan Guru Besar berinteraksi semasa bengkel dan sesi kongsisama diadakan.


09 March 2010

Taklimat Jawatan Sebulan Ke Sebulan ke Jawatan Tetap

Taklimat Jawatan Sebulan Ke Sebulan ke Jawatan Tetap bagi Pegawai-Pegawai, Guru-Gruru dan Kakitangan Perempuan yang diadakan pada 8.3.2010 di SR Rimba. Taklimat dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dari JSS dan Guru-Guru Besar Senegara.



Perasmian School Leadership Programme

Perasmian School Leadership Programme telah diadakan pada 6 Mac 2010 yang diadakan di UBD. Program ini telah disertai oleh lebih 70 orang peserta yang terdiri dari pengetua-pengetua dan guru-guru besar senegara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan.


05 March 2010

Lawatan PPR ke SR KG Menengah Tutong

PPR Cikgu Hj Jafar telah membuat lawatan kerja ke SR KG Menengah pada 4.3.2010. Tujuan lawatan untuk meninjau pengerusan sekolah serta pelaksanaan Agenda Utama Bahagian Pendidikan Rendah. Ikut serta dalam lawatan Pmk PP daerah Tutong- Cikgu Abd Kani, Pmk PPKD Tutong I- Ck Hj Shuani, PR1, PR2 dan Pegawai bahagian Rendah.'
Dalam lawatan beliau berkesempatan meninjau bilik-bilik pembelajaran, perpustakaan sekolah dan makmal ICT. Selain itu beliau juga berkesempatan membuat perbincangan dengan Guru Besar perkara-perkara yang perlu peningkatan.