05 December 2009

Promosi Kesihatan Di SR DPS Ukong 2009

Promosi Kesihatan anjuran Kementerian Kesihatan, Majlis Perundingan Kg Ukong dan SR DPS Ukong telah diadakan pada 5.12.2009 di SR DPS Ukong. Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Dimuliakan Pemangku Menteri Kesihatan . Pelbagai aktiviti kesihatan telah diadakan di majlis tersebut seperti pemeriksaan kesihatan , aktiviti pendidikan kesihatan serta pertindangan Pidato Promosi Kesihatan bagi murid dan Belia KG Ukong.

Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat.

Peraduan Pidato Promosi Kesihatan bagi murid-murid dan belia Kg Ukong

Penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat.


Para jemputan yang hadir di Majlis Promosi Kesihatan Kementerian Kesihatan, MPK Kg Ukong dan SR DPS Ukong.

Perkemahan Tunas Puteri 2009

Perkemahan Tunas Puteri 2009 telah diadakan di SR Tutong Kem Daerah Tutong . Majlis penutup perkemahan telah dirasmikan oleh Datin Paduka Dayang Apsah binti Hj Abd Majid SUT Pendidikan Teras Kementerian Pendidikan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan.

Pelbagai aktiviti yang dibuat sepanjang perkemahan.


Ahli Tunas Puteri yang membuat aktiviti memasak semasa perkemahan.

22 November 2009

Perjumpaan Professional GB/PGB senegara

Perjumpaan Professional Guru Besar dan Penolong Guru Besar Senegara di SR Rimba 2.

20 November 2009

INDUKSI GURU BARU DAN UPGRADERS NOV 2009

Induksi guru-Guru baru dan Upgraders 2009 telah dilaksanakan dari 17-19 Nov 2009. Objektif induksi ialah untuk mendedahkan guru-guru baru dan upgraders dengan ekspektasi Kementerian Pendidikan , cabaran-cabaran (Challenges), isu-isu dan amalan-amalan terbaik dalam pendidikan yang perlu diketahui oleh mereka dalam pendidikan masa kini khususnya dalam melaksanakan SPN21. Mereka juga didedahkan dengan "best practices" dalam pengurusan sekolah dan bilik darjah dengan membuat lawatan ke SR Panchong Tutong II untuk mebuat tinjauan sendiri serta berinteraksi dengan guru-guru , murid serta warga sekolah berkenaan . Selain itu mereka juga diberi pengetahuan dengan keadah membuat "Intervention dan Small Scale Action Research" untuk dibawa ke sekolah- masing masing untuk dilaksanakan.

Induksi dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai JSS Daerah Tutong. Sesi perbincangan juga dibuat dalam kumpulan kencil untuk membuat refleksi akan isu-isu atau cabaran-cabaran yang didedahkan.

Lawatan ke SR panchong untuk membuat tinjauan dalam pengurusan sekolah, bilik darjah, program peningkatan sekolah, aktiviti pembelajaran yang diamalkan di sekolah tersebut. SR Panchong merupakan sebuah sekolah contoh di Daerah Tutong

Di hari terakhir induksi, aktiviti kongsama dapatan dari induksi dibuat dalam kumpulan.Untuk mengakhiri sesi Induksi 2009 disampaikan sijil kepada semua peserta.

11 November 2009

PSR 2009

Pmk PP Daerah Tutong , Pmk PPKDT1, PKD dan PD merakamkan ucapan TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua sekolah rendah daerah Tutong kerana dapat mencapai pencapaian cemerlang PSR 2009. Daerah Tutong di tempat TERATAS senegara dengan : Tutong I 90.63% dan Tutong II 89.46 %. Keseluruhan Daerah Tutong 90.04 %.
Pencapaian cemerlang tercapai because we all work together.

04 November 2009

Learning Study -SR PKN Bt Beruang Tutong II

SR PKN Bt Beruang telah pun melaksanakan program "Learning Study". Program ini ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran murid di Bilik Darjah khususnya bagi tajuk pelajaran yang dikenal pasti susah untuk dipelajari murid.

Murid-murid tahun 2 yang sedang mengikuti aktiviti pembelajaran menerusi program Learning Study. Seorang murid menjelaskan jawapan yang dibuat menerusi kumpulan kepada gurunya yang ditayangkan menerusi projektor.

Murid-murid sedang membuat aktiviti kumpulan bagi permasalahan yang diberikan oleh guru.

Guru Besar, Penolong Guru Besar, Pmk PP Daerah Tutong dan Pmk PPKD Tutong I membuat perbincangan mengenai aktiviti pembelajaran yang dibuat dalam "Learning Study".

21 October 2009

ECO GARDEN SR PANCHONG TUTONG II

SR Panchong Tutong II telah pun membena "ECO GARDEN" pembelajaran yang diusahakan oleh Guru-guru, murid-murid, Ibubapa dan ahli-ahli PIBG yang terletak di kawasan Sekolah yang luasnya lebeh kurang 0.5 hecter.
Eco garden ini mempunyai keunikannya tersendiri yang mana Pihak Jabatan Perhutanan telahpun membantu sekolah mengenal pasti 41 jenis pokok dan banyak lagi tumbuhan jenis "Shrub" dan "Herb" serta pelbagai macam serangga serta habitatnya yang begitu berpotensi untuk pembelajaran dan pendidikan.
Selain itu tapak Eco Garden ini begitu sesuai untuk mengadakan aktiviti pembelajaran bukan sahaja untuk SR Panchong sahaja malahan boleh diguna pakai oleh sekolah-sekolah lain untuk aktiviti pembelajaran.


Guru Besar Cikgu Zainal Arfan DP Hj Ahmad memberi ucapan alu-aluan pada majlis perasmian ECO GARDEN SR Panchong. Pmk PP Daerah Tutong ,Cikgu Abdul Kani Abdullah merasmikan Eco-Garden SR Panchong.

Pengakap SR Panchong membuat aktiviti. Para Jemputan yang ikut serta meninjau Eco Garden SR Panchong.

Habitan Anai-anai dalam Eco Garden berkenaan. .. Demo menoreh getah yang dibuat oleh penduduk kampong.

18 October 2009

MESYUARAT GB/PGB bersama Pmk PP Daerah Tutong Oct 2009

Mesyuarat Akhir Tahun 2009 Pmk PP Daerah Tutong dan Pmk PPKD Tutong I bersama GB dan PGB telah pun diadakan pada 17.10.2009. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan rancangan kegiatan "School Cluster 2010".
School Cluster dihasratkan berperanan sebagai "Learning Hub" bagi murid-murid di sekolah agar ianya berorentasikan aktiviti, challenging dan tidak bertumpu sekadar di dalam bilik darjah sahaja.

Pmk PP Daerah Tutong , Cikgu Abdul Kani mempengerusikan mesyuarat.

GB dan PGB Sekolah-sekolah Rendah Daerah Tutong sedang mengikuti perbincangan dalam mesyuarat.

14 October 2009

Penyampaian Hadiah Pemenang ASEAN CORNER 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan ASEAN CORNER peringkat negara telah diadakan pada 14-10-2009 bertempat di Sekolah Vokasional Nahkoda Ragam. Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Eusoff Agaki Hj Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Enam buah sekolah rendah dari Daerah Tutong telah pun berjaya dalam pertandingan tersebut iaitu Tutong i: Pertama SR Kiudang, Kedua SR Tutong Kem, ketiga SR Keriam. Tutong II: Pertama SR Lubok Pulau, Kedua SR PKN Bukit Beruang dan ke Tiga SR Rambai.

Guru Besar SR PKN Bt Beruang dan Guru Besar SR Rambai menerima hadiah dari Tetamu Kehormat majlis.

Para jemputan yang menghadiri majlis penyampaian hadiah ASEAN CORNER 2009.

Antara yang dipamirkan di Geleri ASEAN CORNER 2009.

13 October 2009

PSR 2009

PSR 2009 bermula dari 5hb hingga 8 hb October 2009. Semua sekolah di Daerah Tutong telah membuat persediaan yang rapi bagi mempersediakan diri murid masing-masing. Harapan semua sekolah ialah pencapaian cemerlang .