13 July 2011

PPPS + M










Program Peningkatan Pencapaian Sains & Matematik (PPPS + M) Tahun 2011 telah diadakan di Dewan SR Perpindahan Kg Bukit Beruang 2, Tutong II yang dikendalikan oleh JAPSER Tutong II dan kerjasama dari STEP Centre,Brunei pada 11 Julai 2011. Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Mahrub Bin Haji Murni , Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) , Kementerian Pendidikan NBD. Tema program tersebut ialah "Fun With Maths & Science"

09 July 2011

PERJUMPAAN JAPSER TUTONG II BERSAMA PPKDTII




Perjumpaan JAPSER Tutong II bersama PPKDTII dan PDTII serta PDPII pada 07 Julai 2011 . Antara agenda perjumpaan adalah mengenai persiapan Acara Science + Mathematics Achievement Enrichment Programme (PPPS + M) dari ketua-ketua penyelaras.

07 July 2011

MAJLIS MEMBACA TAHLIL






Majlis Membaca Tahlil dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong bersama JAPSER Zon Tutong I dan JAPSER Zon Tutong II yang dikhususkan kepada Allahyarham Cikgu Ibrahim bin Hj Abd Rahman . Majlis diadakan pada 07 Julai 2011 di Bilik Persidangan JSS Tutong.

LAWATAN INISIATIF MEMPROMOSI KESIHATAN 2011




Lawatan dari Unit Mempromosi Kesihatan, MoE dan berbagai agensi seperti Bahagian Kesihatan, JPPE, Bahagian Permakanan Sekolah&Asrama Tutong dan Jabatan Sekoah-Sekolah Tutong telah membuat pemeriksaan dan penilaian ke atas bangunan dan persekitaran Sekolah Rendah Dato Panglima Saging Ukong, Tutong II pada 06 Julai 2011.

BENGKEL SENI LUKIS




Komiti guru-guru seni lukis bagi sekolah-sekolah zon Tutong I & II telah mengadakan bengkel seni lukis kepada semua guru-guru mata pelajaran seni lukis bagi kedua-dua zon SR Tutong I & II. Bengkel tersebut diadakan sekali seminggu sehingga 25 Julai 2011. Pada bengkel pertama 30 Jun 2011 yang diadakn di SR Tutong Kem, Tutong I juga telah dihadiri bersama oleh PTKK (R ), Cikgu Hj Ramlee b. Abd Rahman.

AMAZING MATHS RACE





Pada 07 Mei 2011 Kluster 3 dari Sekolah-Sekolah Zon Tutong II telah mengadakan aktiviti pendidikan berkonsepkan FUN & LEARN bertajuk Amazing Maths Race di Padang Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjung Maya, Tutong II. Selaku Tetamu Kehormat dan membuka resmi aktiviti tersebut ialah Cikgu Hj Rosli b. Hj Akop, PPKDTII.

05 July 2011

LAWATAN PEMANTAUAN BANJIR






Pada 19 Januari 2011 pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong terdiri dari :
*Cikgu Hj Rosli b. Hj Akop - PPKDTII
*Cikgu Zulkili b. Hj Ahmad - Pegawai Pelajaran (PDP1)
*Cikgu Umarali b. Hj Ismail - Pegawai Pelajaran (PDP2)

ke Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjung Maya, Tutong II yang dilanda banjir.


Sementara pada 20 Januari 2011 lawatan pemantauan banjir yang diketuai oleh YB Pehin Menteri Pendidikan dan rombongan Kementerian Pendidikan membuat lawatan ke Pusat Pemantauan Banjir Daerah Tutong (Balai Bomba Lamunin) serta ke sekolah-sekolah yang dilanda banjir.