28 February 2010

Sambutan Maulud Nabi Muhamad SAW Tahun 1431H

27.02.2010. Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong telah menyertai Perhimpunan dan Perakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW tahun 1431 H. Pasukan Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong yang memakai bilangan 5 diketuai oleh Cikgu Abdul Kani bin Abdullah -Pmk PP Daerah Tutong. Seramai 110 orang peserta yang terdiri dari Pegawai-pegawai JSS, Guru-Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar dan Guru-Guru menyertai Pasukan JSS Daerah Tutong.
Perhimpunan diadakan di Padang Bukit Bendera berhadapan dengan Dewan Seri Kenangan Tutong. Kemuncak perhimpunan ialah perarakan yang berjalan sekitar 5 km di Pekan Tutong.


Bengkel Education School Blog Bagi GB PGB Daerah Tutong

25-02-2010 .SR PKN Bukit Beruang telah mengadakan bengkel Educational Schools Blog kepada GB dan PGB Daerah Tutong. Matlamat bengkel ialah untuk memberi kemahiran kepada pemimpin sekolah tata cara "Blog Designing". Selain itu melalui kemahiran tersebut GB dan PGB akan dapat membuat kawalan terhadap perisian "Educational School Blog". Pada masa ini semua 29 buah sekolah-sekolah rendah Daerah Tutong telah membuat "Networking" diantara sekolah-sekolah rendah yang juga boleh dilayari menerusi Blog Pmk PP Daerah Tutong.
Menerusi Education School Blog ini sekolah-sekolah akan dapat berkongsi matlumat dan informasi tentang aktiviti-aktiviti dan kegiatan sekolah masing-masing.
Perancangan seterusnya Educational Schools Blog Daerah Tutong ialah untuk memperluaskan lagi programnya yang menumpukan kepada Program Agenda Utama Bahagian Pendidikan Rendah iaitu Program Literasi dan Numerasi sebagai perisisan "Educational Schools Blog".

30 seconds Mathematics Computation Challenge

20.02.2010. SR DPS Ukong telah mengongsikan program 30 seconds Mathematics Computation yang merupakan "School Best Practices" sekolah tersebut. Program ini telah di adakan di Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong dan dihadiri oleh guru-guru Mathematics Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong II dan juga Pegawai-Pegawai Jabatan sekolah-Sekolah Daerah Tutong . Program ini merupakan salah satu School Cluster Community Program dimana setiap sekolah akan menyampaikan program best practices mereka kepada rakan-rakan dari sekolah-sekolah lain .
Pmk PP Daerah Tutong dalam ulasannya menjelaskan bahawa Agenda Utama Bahagian Pendidikan Rendah ialah untuk mengukuhkan Kemahiran Numerasi dan Literasi dan untuk merealisasikan matlamat ini program-program sokongan yang berkaitan perlu dirancang dan dilaksanakan di sekolah-sekolah.


10 February 2010

Lawatan Pmk PP D Tutong ke SR Kg Menengah

Pmk PP Daerah Tutong telah membuat lawatan ke SR KG Menengah untuk meninjau dan memantau pengurusan pembelajaran dan pengajaran serta pengurusan bilik darjah. Satu perjumpaan dengan guru besar, guru-guru serta kakitangan untuk sama-sama membincangan perkara-perkara yang perlu untuk ditingkatkan telah diadakan. Antara yang dibincangkan ialah keperluan kemahiran literasi dan numerasi, penghiasan bilik darjah dan bilik khas, penjagaan kebersihan serta aktiviti pembelajaran untuk keperluan pembelajaran SPN21.


07 February 2010

KONGSISAMA PENGUKUHAN PROGRAM LITERASI-SR LUBOK PULAU TUTONG II

Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong menerusi " School Cluster Community Program" telah melaksanakan program kongsisama "School Best Practices" untuk mengukuhkan lagi program membaca sekolah. Program ini merupakan usaha untuk memantapkan lagi Kemahiran Literasi murid-murid sekolah rendah Daerah Tutong, SR Lubok Pulau menjadi "Model School" telah menyampaikan program membaca sekolah berkenaan kepada rakan-rakan mereka yang mengajar di bahagian rendah bawah.Sebanyak 13 buah sekolah kawasan Tutong 2 telah menghadiri sesi kongisama ini.
Dalam Dasar Literasi Pendidikan Rendah murid-murid yang memasuki tahun 2 telah boleh membaca dan sekurang-kurang nya membaca 1 buah buku cerita yang mudah dalam satu minggu.

03 February 2010

Penempatan Lulusan Ijazah BA Education

Tiga orang Lepasan Graduan BA Education yang akan berkhidmat di sekolah-sekolah rendah Daerah Tutong. Mereka akan mula bertugas mulai 08.02.2010.
"Selamat Bertugas dan Berbakti kepada Anak Bangsa"

Kumpulan Tunas Mekar Sekolah Sekolah Rendah .

SR Panchong Tutong II telah menjuarai pertandingan Kumpulan Tunas Mekar Sekolah -Sekolah Rendah Senegara yang diadakan di Sekolah Menengah Rimba pada 3.2.2010.
Pertandingan yang bertemakan Bersih, Sihat,Ceria, Cergas,Cerdas dan Cemerlang menekankan ke enam-enam aspek tersebut untuk diwujudkan disekolah melalu aktiviti Kumpulan Tunas Mekar.
Tetamu Khas Majlis ialah Cikgu Aidin bin Hj Abu Bakar , Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Bahagian Pendidikan Rendah yang juga berkesudian untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.
Sekolah Rendah Tutong Kem yang juga dari Daerah Tutong telah mendapat tempat ke 5 yang menerima hadiah sagu hati.
"Tahniah dan Syabas Sekolah Rendah Panchong"





Taklimat live @ edu Bahagian ICT. 2.2. 2010

Jabatan ICT Kementerian Pendidikan telah mengadakan taklimat tentang Live @ edu yang dilaksanakan di sekolah- sekolah Negara Brunei Darussalam. Dalam taklimat disampaikan tentang penggunaan email untuk penuntut-penuntut di sekolah yang lebih menekankan tentang keselamatan kepada pelajar. Selain itu pelbagai kebaikan penggunaan email ini untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah untuk guru dan murid.

Lawatan Ke SR Panchong - 2.2.2010

Pmk Penolong Pengarah JSS Tutong telah membuat lawatan ke SR Panchong untuk meninjau pengurusan dan pelaksanaan Agenda Utama Bahagian Pendidikan Rendah. Semasa lawatan Beliau juga melihat sendiri pengurusan bilik-bilik darjah dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan di bilik-bilik darjah.