26 September 2010

Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Raya SR Danau Tutong II.

26-9-2010(Ahad)- Sambutan Haru Guru dan Sambutan Hari Raya telah diadakan di SR Danau . Majlis yang dikendalikan bersama oleh Guru-Guru dan Warga Sekolah SR Danau, PIBG, Majlis Perundingan Kampong Danau dan Persatuan Melayu Danau (PAMDA).
Tertamu kehormat Majlis ialah Cikgu Abdul Kani Abdullah- Pmk Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong. Kira-kira 300 orang telah menghadiri majlis tersebut. Antara yang turut hadir di majlis tersebut ialah mantan Guru-Guru Besar serta Mantan Guru-Guru yang pernah bertugas di sekolah tersebut.
Di Majlis tersebut juga diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar Pendidikan Lanjutan yang menghadiri kelas lanjutan di SR Danau.

Ucapan alu-aluan Pengerusi majlis Cikgu Mohammad bin Haji Zaidi dan Ucapan dari tertamu kehormat Majlis Cikgu Abdul Kani Abdullah.

Mantan-Mantan Guru Besar dan Guru-Guru yang pernah bertugas di SR Danau yang hadir sama.

Lawatan Pmk Penolong Pengarah JSS Tutong ke SR PKN Bukit Beruang.

25-09-2010 .Pmk Penolong Pengarah JSS Daerah Tutong telah membuat lawatan untuk melihat perjalanan sekolah serta persediaan sekolah untuk peperiksaan PSR yang akan diadakan pada awal bulan Oktober nanti.
Beliau bersama pegawai -pegawai dari JSS Tutong telah membuat perbincangan dengan Guru Besar, Penolong Guru Besar serta guru-guru Tahun 6 untuk membantu murid-murid Tahun 6 disaat-saat akhir mereka akan menghadapi peperiksaan.

15 July 2010

Dialog Bersama Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan dengan Perserta Leadership Program Kohort 1.

Majlis Dialog bersama Yang berhormat Pehin Menteri Pendidikan bersama perserta Leadership Program Cohort 1 di ILIA UBD telah diadakan pada 12.7.2010.


Pertandingan Olah Raga Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1 2010

Temasa Sukan Olah Raga Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong I 2010 telah diadakan di Komplek Sukan Daerah Tutong pada 7/7/2010. Tetamu kehormat Temasa Sukan Tersebut ialah Cikgu Abdul Kani bin Abdullah, Pmk PP Daerah Tutong yang juga berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya.


Sesi Kongsi Sama japser Tutong 1

Sesi Kongsi sama Japser Kawasan Tutong I yang diadakan di IPA pada 3.Julai 2010. Tetamu Kehormat Majlis ialah Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Rendah) Cikgu Haji Ramlee bin Hj Abdul Rahman.

Majlis Penutup Explo Maths 2010

Majlis Penutup Explore Maths 2010 telah diadakan pada 1 Julai 2010 di Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong. Tetamu Kehormat majlis ialah Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan. Pengerusi bersama Majlis ialah Cikgu Hadiaun Lim Bing Guan , Pengetua Sekolah Menengah Muda hashim dan Cikgu Zainal Arfan bin Dato Paduka Hj Ahmad , Guru Besar Sekolah Rendah Muda Hashjim.
Di Majlis Penutup tersebut diadakan juga pameran-pameran , persembahan dan penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar dan sekolah yang berjaya .

29 May 2010

Lawatan Belajar Dari Pelajar-Pelajar Compassvale Primary School Singapore Ke SR PKN Bukit Beruang Tutong II.

29.5.2010 - Serombongan 22 orang pelajar dan 4 orang guru di Compassvale Primary School Singapore yang diketuai oleh Vice Principal (Administration) Mr Perry Tan telah membuat lawatan belajar ke SR PKN Bukit Beruang Tutong II.
Dalam lawatan belajar tersebut pelajar-pelajar telah dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah : pra sekolah, bilik ict dan perpustakaan sekolah.
Selain dari membuat lawatan pelajar-pelajar juga diberi kesempatan ikut belajar di kelas-kelas untuk mempelajari Bahasa Melayu dan Pendidikan Ugama Islam.


Sewakatu aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu pelajar-pelajar Compassvale telah diberi kesempatan untuk mempelajari pantun dan ikut sama dalam seri berbalas pantun diantara pelajar PKN Bukit Beruang dan Pelajar dari Singapore.

Pelajar-Pelajar dari Compassvale Singapura belajar bersama rakan-rakan tahun 5 di PKN Bukit Beruang.

Pelajar-pelajar juga berkesmpatan membuat lawatan belajar di Eco Garden Sekolah dan telah sama-sama menanam pohon Rambutan.

Kemuncak lawatan ialah menyertai persembahan kesenian dari pelajar-pelajar PKN Bukit Beruang. Dalam kesempatan tersebuat pelajar-pelajar Compassvale juga ikut menyertai tarian adai-adai dan pukulan hadrah. Setelah itu pelajar-pelajar berkesampatan ikut serta dalam membuat kueh Melayu Brunei seperti membuat kelupis dan pinjaram.

Majlis Persaraan Penolong Pengarah bahagian Pendidikan Rendah Kementerian Pendidikan

28.05.2010 - Majlis perpisahan bagi persaraan Cikgu Haji Jaafar bin Hj Ahmad , Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Rendah Kementerian Pendidikan yang dikendalikan oleh JAPSER se negara telah diadakan di ASMA Hotel Jerudong. Turut diundang ke majlis tersebut ialah Mantan PPR dan Mantan PTTKK (R).


Cikgu Haji Ramlee bin Hj Abd Rahman , Pmk PTTKK (R) menyampaikan ucapan alu-aluan.


Penyampaian cenderamata kenangan kepada PPR dari JAPSER Se negara.

Taklimat Pusat STEP Kementerian Pendidikan

27-5-2010 - Pusat STEP Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Cikgu Haji Metali telah pun mengadakan taklimat bagi program peningkatan pembelajaran Science dan Mathematics bagi sekolah-sekolah rendah. taklimat telah diadakan di SR Keriam Tutong I bagi guru-guru Science dan Mathematics sekolah-sekolah rendah Daerah Tutong.
Turut hadir di sesi perjempuaan tersebut ial Pmk Penolong Pengarah Daerah Tutong, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Tutong I dan pegawai-pegawai dari jabatan sekolah-sekolah daerah Tutong.





26 May 2010

Explore Maths 2010 -Construction of ICT Mathematical Teaching Aids for Lower Primary Taechers

Penyampaian projek Construction of ICT Mathematical Teaching Aids For Lower Primary Teachers telah pun di adakan di SR Muda Hashim Tutong I pada 26.5.2010. Project ini merupakan kegiatan explore Maths ke 18 2010 yang dibuka kepada guru-guru Mathematics dari Daerah Tutong dan Belait.
Tetamu kehormat majlis ialah Cikgu Abdul Kani Abdullah , Pmk Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong. Tutut hadir di majlis tersebut ialah Guru-guru besar dan Guru-guru Mathematics dari ke dua-dua daerah.

Pmk Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong dalam ucapannya menyarankan agar setiap sekolah mempunyai program pengukuhan asas numerasi yang bersistematik dan dilaksanakan secara konsisten secara berjadual agar setiap murid berpeluang untuk mengukuhkan kemahiran tersebut secara berterusan.

Guru-guru besar dan guru-guru yang sama-sama menyaksikan penyampaian "Presentation" Construction of ICT Mathematics Teaching Aids For Lower Primary Teachers".



Pemenang-Pemenang dari kedua-dua Daerah menerima hadiah kemengan dari Tetamu Kehormat.