31 January 2010

PERJUMPAAN PROFESSIONAL PTTKK (Rendah) bersama GB PGB senegara

Perjumpaan Professional PTTKK bersama Pemimpin-Pemimpin sekolah telah diadakan di SR Rimba 2 pada 30.01.2010. Perjumpaan tersebut diadakan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas lagi kepada Pemimpin-Pemimpin sekolah tentang Agenda Utama Bahagian Pendidikan Rendah pada tahun 2010 yang perlu dilaksanakan. Agenda Utama tersebut ialah tentang Kemahiran Literasi dan Numerasi , Peranan Pemimpin sekolah selaku Instructional Leader , Kemahiran Guru dan Etos sekolah.
Perkara lain yang disentuh ialah KPI, Star Rating School dan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS)

Taklimat Tata cara Penghapusan dari Kira-Kira .

Unit Penghapusan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Sekolah Sekolah Daerah Tutong telah membuat taklimat kepada Pemimpin-Pemimpin Sekolah serta ketua-ketua jabatan dibawah Kementerian Pendidikan yang berpejabat di Daerah Tutong pada 28hb januari 2010. Tujuan Taklimat ialah untuk memberi kefahaman dan kemahiran tentang tatacara pengurusan harta benda kerajaan yang terdapat di sekolah-sekolah dan di pejabat-pejabat.
Laratan dari taklimat ini nanti ialah melaksanakan bengkel kepada pengawas-pengawas buku-buku simpanan yang akan dilaksanakan dalam bulan Februari hingga awal April 2010.

Kongsisama Lesson Study Bagi Guru-Guru SR Daerah Tutong

Sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kemahiran guru-guru, Daerah Tutong telah mengurak langkah untuk memberi kemahiran "Small Scale Action Research dengan menggunakan kaedah Lesson Study. Fokus utama program ini ialah mata pelajaran Mathematics.
Pada 26 dan 27 Januari 2010 Taklimat dan kongsisama telah diadakan di SR PKN Bukit Beruang dimana SR PKN Bukit Beruang akan menjadi Pemudacara program ini untuk membantu guru-guru Mathematics menggunakan Lesson Study Action Research khususnya untuk mengesan dan memperkemaskan lagi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Mathematics di sekolah rendah.

26 January 2010

Lawatan Professional Guru Besar dan Penolong Guru Besar dan Pegawai-Pegawai JSS ke OGDC ( 25.1.2010)

Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar dan Pegawai-Pegawai JSS Daerah Tutong telah membuat lawatan Professional Ke OGDC. Tujuan Lawatan untuk mendapat matlumat lengkap bagaimana sekolah-sekolah dapat menggunakan OGDC untuk tujuan pembelajaran. Disamping itu juga Sekolah-sekolah berpeluang mengetahui bagai OGDC dapat membantu sekolah dalam program pembelajaran dan pengajaran khususnya dalam mata pelajaran Science, Geography, Social Science dan Mathematics.


Perjumpaan dengan Guru-Guru serta kakaitangan SR Bt Udal (16.1.2010)

Pmk Penolong Pengarah JSS Daerah Tutong bersama Pegawai-Pegawai JSS telah membuat sesi muzakarah dengan guru-guru serta kakitangan SR Bukit Udal untuk berbincang ke arah mengukuhkan lagi peranan masing-masing untuk meningkat keberkesanan pengurusan sekolah dan pelaksanaan agenda utama bahagian Pendidikan rendah 2010.
Dalam perjumpaan tersebut sesi soal jawab juga diadakan untuk mendapat penbjelasaan khususnyad dalam masalah etika kerja dan peranaan guru-guru dalam meningkatkan kemahiran Literasi dan Numerasi.


Lawatan PTTK Kanan Bahagian Pendidikan Rendah Ke SR Lamunin 16.1.2010

Pegawai Tugas-Tugas Kanan Bahagian Pendidikan Rendah Jabatan Sekolah-Sekolah telah membuat lawatan kerja ke SR Lamunin untuk meninjau pengurusan sekolah serta melihat sendiri pelaksanaan Agenda-Agenda Utama Bahagian Pendidikan Rendah 2010.
Dalam lawatan tersebut beliau juga berkesempatan meninjau pembelajaran Pra Sekolah dan perpustakaan sekolah.



10 January 2010

Perjumpaan Professional GB PGB bersama Pmk PP D Tutong awal Tahun 2010


Pmk PP Daerah Tutong Cikgu Abdul Kani menyampaikan taklimat perkara-perkara yang menjadi agenda utama pendidikan rendah 2010 dan cabaran-cabaran seperti pencapaian literasi dan numerasi, kualiti guru, pengurusan sekolah dan peranan bilik darjah yang merupakan "battle ground" untuk pelaksanaan dasar pendidikan negara. Selain itu juga disampaikan isu-isu yang perlu ditangani seperti penerapan budaya membaca, peranan perpustakaan sekolah dan program intervensi yang perlu dikukuhkan oleh semua sekolah.
Dalam kesempatan yang sama Pmk PP daerah Tutong juga memberi maklum balas pencapaian sekolah Daerah Tutong dalam akademik bagi tahun 1 hingga 6 termasuk pencapaian PSR berdasarkan analisis yang dibuat pada akhir tahun 2009.
Pada tahun 2009 Daerah Tutong mencatat pencapaian cemerlang dari segi % lulus dan pencapaian 5 A senegara. Harapan dan cita-cita Daerah Tutong 2010 ialah untuk kekal teratas dalam pencapaian akademik dan pencapaian Literasi dan Numerasi.

Penyelia Kanan Daerah Cikgu Hj Yahya Hj Abd Rahman menerangkan hal-hal pengurusan dan pentadbiran sekolah yang perlu dilaksanakan dan dipatuhi oleh pengurus sekolah.

Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar Daerah Tutong 2010.

07 January 2010

SR Penapar awal tahun 2010


Pemebelajaran awal tahun di SR Penapar.


ICT dan Perpustakaan Sekolah juga telah berfungsi untuk pembelajaran bagi awal tahun 2010

Lawatan Ke SR AR Tanjong Maya Tutong II

Lawatan ke sekolah-sekolah Daerah Tutong awal tahun diteruskan ke SR Tanjong Maya. Pemantauan pengurusan sekolah awal tahun dibuat termasuk dalam hal murid, guru serta kemudahan sekolah serta membuat tinjauan ke bilik-bilik darjah.

berbincang dengan Guru Besar SR AR Tanjong Maya.

Meninjau murid pra sekolah yang baru masuk bersekolah pada awal tahun 2010.

06 January 2010

Lawatan Ke Sekolah Rendah Panchong Tutong II.


Pra Sekolah SR Panchong Tutong II.

Persekolahan Sekolah Pedalaman Awal Tahun


Suasana Pembelajaran sekolah pedalaman pada awal tahun 2010.

Keceriaan pembelajaran murid-murid SR Benutan Tutong II yang sedang membuat aktiviti pembelajaran.

Pegawai-Pegawai dari JSS Tutong membuat lawatan ke Sekolah Rendah Benutan Tutong II pada 6.1.2010.