Sambutan Maulud Nabi 1430 peringkat Daerah Tutong telah diadakan di Kawasan Tanah Lapang berdekatan dengan Pentas DiRaja Pekan Tutong. Jabatan sekolah-sekolah Daerah Tutong telah menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut dengan satu pasukan seramai 120 orang ahli yang terdiri daripada Pegawai-pegawai JSS, Guru-Guru Besar, Guru-Guru dan Kakitangan JSS.
09 March 2009
Sambutan Maulud Nabi 1430 (9.3.2009)
Posted by Abdul Kani at 12:49 PM 0 comments
07 March 2009
Sambutan Hari Kebangsaan - SR Tumpuan Telisai
SR Tumpuan Telisai mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei ke 25 tahun. PPKDt2 , PDT2 , Timbalan Pengerusi PIGB dan Setiausaha PIGB hadir dimajlis tersebut.
Posted by Abdul Kani at 11:25 AM 0 comments
05 March 2009
Lawatan Ke SR Benutan Tutong II
PPKDT2 dan Pegawai-Pegawai JSS telah membuat lawatan kerja ke sekolah SR Benutan (Sebuah Sekolah Pedalaman di Ulu Daerah Tutong) untuk meninjau persekolahan dan pelaksanaan SPN21.
Antara yang ditinjau dan dibincangkan ialah pembelajaran Tahun 1 dan Tahun 4 .
Tinjauan juga dibuat pada kemudahan ICT yang baru siap dan telah beroperasi di SR Benutan.

Kemudahan Komputer yang serba baru yang digunakan di makmal ICT sekolah.
Interactive White Board concept baru yang dipasang di Makmal ICT untuk pembelajaran Murid.
Posted by Abdul Kani at 12:55 PM 0 comments
04 March 2009
Taklimat SIP Kepada Guru-Guru SR PKN Bukit Beruang Tutong II.
Satu Sesi Taklimat School Improvement Program 2009 telah diadakan di Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong bagi guru-guru SR PKN Bukit Beruang pada 4.3.3009. Taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras Program Dayang Hajjah Hamidah binti Hj Abd Hamid , Pegawai Kenaziran, Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah.
Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Kenaziran, PPKD Tutong 2 , Pegawai-Pegawai Kenaziran dan Pegawai-Pegawai Jabatan Sekolah-Sekolah.
Penyelaras Program Hjh Hamidah binti Hj Abd Hamid menyampaikan taklimat SIP 2009.

Posted by Abdul Kani at 6:38 PM 0 comments
SIP 2009 (School Improvement Program) SR PKN Bukit Beruang
4.3.2009, SR PKN Bukit Beruang Tutong II merupakan diantara 11 buah sekolah yang terpilih untuk mengikuti program SIP 2009 kelolaan Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dan Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan yang mana tujuan utama program ini ialah untuk membantu sekolah-sekolah meningkatkan potensi sekolah-sekolah yang dilibatkan. Peringkat awal Program ini ialah membuat kaji selidik kepada murid-murid tahun 4, ibubapa dan guru-guru sekolah berkenaan.
Posted by Abdul Kani at 6:26 PM 0 comments



















