26 September 2010

Lawatan Pmk Penolong Pengarah JSS Tutong ke SR PKN Bukit Beruang.

25-09-2010 .Pmk Penolong Pengarah JSS Daerah Tutong telah membuat lawatan untuk melihat perjalanan sekolah serta persediaan sekolah untuk peperiksaan PSR yang akan diadakan pada awal bulan Oktober nanti.
Beliau bersama pegawai -pegawai dari JSS Tutong telah membuat perbincangan dengan Guru Besar, Penolong Guru Besar serta guru-guru Tahun 6 untuk membantu murid-murid Tahun 6 disaat-saat akhir mereka akan menghadapi peperiksaan.

15 July 2010

Dialog Bersama Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan dengan Perserta Leadership Program Kohort 1.

Majlis Dialog bersama Yang berhormat Pehin Menteri Pendidikan bersama perserta Leadership Program Cohort 1 di ILIA UBD telah diadakan pada 12.7.2010.


Pertandingan Olah Raga Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1 2010

Temasa Sukan Olah Raga Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong I 2010 telah diadakan di Komplek Sukan Daerah Tutong pada 7/7/2010. Tetamu kehormat Temasa Sukan Tersebut ialah Cikgu Abdul Kani bin Abdullah, Pmk PP Daerah Tutong yang juga berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya.


Sesi Kongsi Sama japser Tutong 1

Sesi Kongsi sama Japser Kawasan Tutong I yang diadakan di IPA pada 3.Julai 2010. Tetamu Kehormat Majlis ialah Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Rendah) Cikgu Haji Ramlee bin Hj Abdul Rahman.

Majlis Penutup Explo Maths 2010

Majlis Penutup Explore Maths 2010 telah diadakan pada 1 Julai 2010 di Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong. Tetamu Kehormat majlis ialah Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan. Pengerusi bersama Majlis ialah Cikgu Hadiaun Lim Bing Guan , Pengetua Sekolah Menengah Muda hashim dan Cikgu Zainal Arfan bin Dato Paduka Hj Ahmad , Guru Besar Sekolah Rendah Muda Hashjim.
Di Majlis Penutup tersebut diadakan juga pameran-pameran , persembahan dan penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar dan sekolah yang berjaya .