26 May 2011

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

CIKGU ABDUL KANI BIN ABDULLAH
MANTAN PPD TUTONG/PPKD TUTONG 2
MULA BERSARA PADA:  07 JANUARI 2011

Bagi pihak Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong dan semua guru sekolah-sekolah Rendah Tutong I dan II merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas segala khidmat dan jasa bakti yang telah Cikgu sumbangkan selama berkhidmat. Didoakan semoga di dalam sihat walafiat.
"SELAMAT BERSARA"

PROGRAM INDUKSI GURU-GURU BARU 2010-2011

Program Induksi bagi guru-guru baru Tahun 2010-2011 telah diadakan bermula 16, 17 & 18 Feb 2011 . Program dikendalikan bersama oleh Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong dan beberapa orang Guru Besar dari sekolah-sekolah zon Tutong I & II.
Antara tujuan program induksi :

  • Memberi pendedahan mengenai beberapa maklumat yang diperlukan sebagai guru
  • Menanamkan sifat-sifat berpasukan (teamwork)
  • Berkongsi dapatan melalui percambahan fikiran dari 'task-task' yang dilaksanakan.


Tajuk-tajuk taklimat :

  • Ekspektasi sekolah
  • Etika dan peraturan kerja
  • Guru Berkualiti
  • SPN21 - Teaching and Learning Quality

07 May 2011

PERJUMPAAN PPKD ZON TUTONG II BERSAMA GURU-GURU BESAR





Perjumpaan PPKD Zon Tutong II bersama Guru-Guru Besar mengikut cluster. Antara tujuan perjumpaan ialah sebagai sesi permuzakarahan bagi mendengar isu-isu pengurusan dan pentadbiran, hal-hal pelaksanaan kurikulum dan lain-lain di sekolah masing-masing.

26 September 2010

Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Raya SR Danau Tutong II.

26-9-2010(Ahad)- Sambutan Haru Guru dan Sambutan Hari Raya telah diadakan di SR Danau . Majlis yang dikendalikan bersama oleh Guru-Guru dan Warga Sekolah SR Danau, PIBG, Majlis Perundingan Kampong Danau dan Persatuan Melayu Danau (PAMDA).
Tertamu kehormat Majlis ialah Cikgu Abdul Kani Abdullah- Pmk Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong. Kira-kira 300 orang telah menghadiri majlis tersebut. Antara yang turut hadir di majlis tersebut ialah mantan Guru-Guru Besar serta Mantan Guru-Guru yang pernah bertugas di sekolah tersebut.
Di Majlis tersebut juga diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar Pendidikan Lanjutan yang menghadiri kelas lanjutan di SR Danau.

Ucapan alu-aluan Pengerusi majlis Cikgu Mohammad bin Haji Zaidi dan Ucapan dari tertamu kehormat Majlis Cikgu Abdul Kani Abdullah.

Mantan-Mantan Guru Besar dan Guru-Guru yang pernah bertugas di SR Danau yang hadir sama.

Lawatan Pmk Penolong Pengarah JSS Tutong ke SR PKN Bukit Beruang.

25-09-2010 .Pmk Penolong Pengarah JSS Daerah Tutong telah membuat lawatan untuk melihat perjalanan sekolah serta persediaan sekolah untuk peperiksaan PSR yang akan diadakan pada awal bulan Oktober nanti.
Beliau bersama pegawai -pegawai dari JSS Tutong telah membuat perbincangan dengan Guru Besar, Penolong Guru Besar serta guru-guru Tahun 6 untuk membantu murid-murid Tahun 6 disaat-saat akhir mereka akan menghadapi peperiksaan.