




Majlis Membaca Tahlil dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong bersama JAPSER Zon Tutong I dan JAPSER Zon Tutong II yang dikhususkan kepada Allahyarham Cikgu Ibrahim bin Hj Abd Rahman . Majlis diadakan pada 07 Julai 2011 di Bilik Persidangan JSS Tutong.
07 July 2011
MAJLIS MEMBACA TAHLIL
Posted by Anonymous at 12:17 PM 0 comments
LAWATAN INISIATIF MEMPROMOSI KESIHATAN 2011



Lawatan dari Unit Mempromosi Kesihatan, MoE dan berbagai agensi seperti Bahagian Kesihatan, JPPE, Bahagian Permakanan Sekolah&Asrama Tutong dan Jabatan Sekoah-Sekolah Tutong telah membuat pemeriksaan dan penilaian ke atas bangunan dan persekitaran Sekolah Rendah Dato Panglima Saging Ukong, Tutong II pada 06 Julai 2011.
Posted by Anonymous at 11:37 AM 0 comments
BENGKEL SENI LUKIS



Komiti guru-guru seni lukis bagi sekolah-sekolah zon Tutong I & II telah mengadakan bengkel seni lukis kepada semua guru-guru mata pelajaran seni lukis bagi kedua-dua zon SR Tutong I & II. Bengkel tersebut diadakan sekali seminggu sehingga 25 Julai 2011. Pada bengkel pertama 30 Jun 2011 yang diadakn di SR Tutong Kem, Tutong I juga telah dihadiri bersama oleh PTKK (R ), Cikgu Hj Ramlee b. Abd Rahman.
Posted by Anonymous at 11:12 AM 0 comments
AMAZING MATHS RACE
Pada 07 Mei 2011 Kluster 3 dari Sekolah-Sekolah Zon Tutong II telah mengadakan aktiviti pendidikan berkonsepkan FUN & LEARN bertajuk Amazing Maths Race di Padang Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjung Maya, Tutong II. Selaku Tetamu Kehormat dan membuka resmi aktiviti tersebut ialah Cikgu Hj Rosli b. Hj Akop, PPKDTII.
Posted by Anonymous at 9:33 AM 0 comments
05 July 2011
LAWATAN PEMANTAUAN BANJIR
Pada 19 Januari 2011 pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong terdiri dari :
Posted by Anonymous at 3:16 PM 0 comments











