Majlis Dialog Pendidikan Pencegahan Rasuah dari Biro Mencegah Rasuah Negara Brunei Darussalam bagi ahli-ahli Persatuan Ibubapa Guru Sekolah-Sekolah Menengah , Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Swasta peringkat Daerah Tutong telah diadakan di Dewan SR Keriam Tutong pada 8.6.2009. Seramai lebih kurang 300 orang peserta telah menghadiri sesi dialog berkenaan.

Alu-aluan dan taklimat dari Pengerusi. Dua orang penal dialog terdiri dari Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum dan Pmk Penolong Pengarah Biro Mencegah Rasuah . Sesi Dialog di Pengerusikan Oleh Cikgu Abd Kani Abdullah Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Tutong II.

Para hadirin yang hadir yang terdiri dari Pengetua-Pengetua, Guru-Guru Besar, Ahli-ahli Jawatan Kuasa Tertinggi PIBG.

Peserta dialog membuat pertanyaan dan pandangan dalam sesi dialog.
09 June 2009
Dialog Pendidikan Pencegahan Rasuah Peringkat Daerah Tutong
Posted by Abdul Kani at 5:58 AM 0 comments
21 May 2009
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong - QEE
Sekolah Sekolah Rendah dari Daerah Tutong : SR Sinaut, SR Tutong Kem, SR Benturan, SR Sengkarai, SR Panchong, SR DPS Ukong, SR Tanjong Maya dan SR Tumpuan Telisai telah mempersembahkan "Best Practices" mereka melalui pertandingan QEE yang berlangsung di Dewan Utama Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Berakas pada 21.05.2009.

Pasukan QEE SR DPS Ukong dan Pasukan QEE SR Tumpuan Telisai



Antara "Best Practices" yang dipertandingankan.

Para hakim QEE dan Guru-Guru Besar yang hadir.

Posted by Abdul Kani at 6:41 PM 0 comments
17 May 2009
Peraduan Azan dan Ayat-Ayat Lazim Sekolah Rendah Kawasan Tutong II -(16.5.09)
Peraduan Azan dan Ayat-ayat Lazim bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong II telah diadakan di SR Panchong. Sebanyak 13 buah sekolah menyertai pertandingan tersebuat yang diwakili oleh 13 orang murid lelaki menyertai peraduan Azan dan 13 orang murid perempuan meneyertai peraduan Ayat-Ayat Lazim.


Azan bagi peserta lelaki sementara Ayat-Ayat Lazim bagi perserta perempuan.
Lima orang perserta terbaik Lelaki Peraduan Azan (Juara Peraduan Azan dimenangi oleh Wakil SR Tumpuan Telisai) dan lima perserta terbaik perempuan Peraduan Ayat-Ayat Lazim.(Juara Peraduan Ayat-Ayat Lazim dimenangi oleh wakil SR PKN Bukit Beruang) (Gambar diambil dari Blog SR Panchong)

Posted by Abdul Kani at 8:46 PM 0 comments
Taklimat Kesihatan HINI
Jabatan Sekolah-Sekolah dengan kerjasama dari Kementerian Kesihatan telah mengadakan taklimat HINI sebagai langkah berjaga-jaga wabak penyakit Selesema Khinzir yang sedang melanda sebahagian besar negara di dunia.
Pengetua-pengetua dan guru-guru besar dari sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah swasta telah pun hadir pada taklimat berkenaan yang diadakan pada 11hb Mei 2009.
Pengarah sekolah telah mempengerusikan taklimat tersebut. Selain taklimat pengetua-pengetua dan guru-gurubesar juga diberi CD taklimat untuk disampaikan disekolah masing-masing.


DS mempengerusikan taklimat. Taklimat disempaikan oleh Pegawai-pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan.
Posted by Abdul Kani at 8:30 PM 0 comments
09 May 2009
Mental Computation Challenge Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II
Sekolah sekolah rendah Kawasan Tutong II telah pun mengungkayahkan satu pertandingan "Mental Computation Competition" bagi murid-murid Tahun 1,2 dan 3 yang diadakan di SR Benutan (9.5.2009).Program ini merupakan antara program untuk meningkatkan Mata Pelajaran teras untuk "School Cluster Tutong II.
Antara objektif program ini dibuat ialah untuk mempelbagaikan lagi aktiviti pembelajaran Mathematics agar ianya berkonsifkan menyeronokkan , kompetatif dan tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Seramai 39 orang murid terlibat dalam pertandingan ini.
Alu-aluan Pengerusi Pertandingan Cikgu Yong Ming Chok . Cikgu Abdul Kani Abdullah PPKD Tutong II juga memberi sedikit ucapan sebelum pertandingan.

Murid tahun 1 dan 2 menjalani "MCT" Challenge.
Murid tahun 3 bersedia untuk pertandingan. Pemenang bagi tahun 3 dijuarai oleh murid SR Penapar.

Juara Tahun 2 dari SR Benutan dan Juara Tahun 1 dijuarai oleh SR Bukit Udal.
Posted by Abdul Kani at 6:45 PM 0 comments









