16 April 2010

Perjumpaan Professional GB/PGB Daerah Tutong Bersama Pmk PP Daerah Tutong

Perjumpaan professional Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar sekolah-sekolah rendah Daerah Tutong bersama Pmk Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong diadakan pada 14.4.2010. Agenda perjumpaan ialah untuk meneliti KPI dan Dashboard Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong bagi bulan Jan- Mac 2010.
Perkara yang diteliti ialah pencapaian kemahiran literasi dan numerasi serta pencapaian akademik sepanjang penggal pertama bagi tahun 1 hingga 6.
Selain itu usaha-usaha seterusnya juga dibincangakan agar pencapaian bagi penggal ke 2 dapat "aligned" ke arah target yang telah digariskan

Ucapan alu-aluan Pmk PP Daerah Tutong. Sebelum acara dimulakan juga disampaikan derma kebajikan sumbangan Pegawai-Pegawai dan kakitangan JSS Tutong kepada Cikgu Samehon Hj Kachi atas kembalinya ke Rahmatulah bapa beliau baru-baru ini.


Guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar yang hadir pada perjumpaan tersebut.

12 April 2010

Sekubit Imbas Warisan Budaya 2010

Bahagian Pelajaran Rendah Jabatan Sekolah-Sekolah Negara Brunei telah mengadakan majlis Sekubit Imbas Warisan Budaya 2010 sempena sambutan Hari Kebangsaan Negfara Brunei Darussalam yang ke 26. Masjlis ini telah dikendalikan oleh Jawatan Kuasa Pemimpin Sekolah Rendah Kawasan Brunei 2 dan 4 yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Rimba 2.



Bergambar kenang-kenangan bersama Tetamu Kehormat Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman , Pemangku Menteri Pendidikan , Negara Brunei Darussalam


Ucapan Dari Tetamu Kehormat Majlis sebelum acara dimulakan.

Peralatan perubatan Traditional Daerah Tutong persembahan JAPSER Tutong I.

Peralatan Menangkap Ikan dan Udang Galah Daerah Tutong persembahan JAPSER Tutong II.





PERADUAN MARI BERCERITA PERINGKAT DAERAH TUTONG 2010

Peraduan Mari Bercerita peringkat Daerah Tutong telah diadakan di Sekolah Rendah Keriam Tutong I pada 12.4.2010. Seramai 10 orang perserta telah menyertai peraduan tersebut. Meskipun format peraduan telah diubah dengan bercerita secara spontan berdasarkan gambar yang ditayangkan murid-murid yang menyertai peraduan ini dengan penuh yakin telah dapat bercerita dengan baik dengan aksi-aksi yang menarik.


Pengerusi peraduan Awang Haji Sahari bin Haji Nassar menyampaikan ucapan alu-alauan sebelum peraduan dimulakan. Tetamu Kehormat Peraduan Dr. Hadi bin Abdullah Melayong , Pengarah Penerangan menyampaikan ucapan.

Persembahan Pembukaan dari murid-murid SR Keriam Tutong.

Murid yang mewakili sekolah masing-masing menyampaikan cerita dengan gaya tersendiri.



Pemenang-Pemenang dari SR Muda Hashim , Dayang Nur Batrisyia binti Amzari, tempat ke 3, SR Benutan Dayang Khairul Atiqah binti Khairul Nurul Arsad tempat ke 2, dan SR PKN Bukit Beruang , Dayang Rosmalalissa binti Radio , tempat pertama menerima hadiah masing-masing.

31 March 2010

Mathematics Projects Power Point Presentation Challenge

Mathematics Project PowerPoint Presentation Challenge bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong 2 telah diadakan di SR AR Tanjong Maya. Sebanyak 9 buah pasukan masuk ke peringkat akhir yang terdiri 3 pasukan tahun 4, 3 pasukan tahun 5 dan 3 pasukan tahun 6.
Tujuan program diadakan ialah untuk meningkatkan lagi kamahiran Numerasi dikalangan murid-murid selaras dengan Agenda Utama Bahagian Pendidikan Rendah serta matlamat SPN21 Kementerian Pendidikan.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Tahun 4:
Pertama: SR AR Tanjong Maya.
Kedua: SR Bukit Udal
Ketiga: SR PKN Bukit Beruang

Tahun 5:
Pertama: SR Panchong
Kedua: SR PKN BUkit Beruang
Ketiga SR AR Tanjong Maya

Tahun 6:
Pertama : SR Panchong
kedua: SR PKN Bukit Beruang
Ketiga : SR Bukit Udal


Aksi-aksi murid yang menyampaikan Mathematics Project Power Point Presentation.



Pemenang-pemenang yang menerima hadiah

Para juri yang menghakimkan pertandingan. Ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis

Para hadirin yang sama-sama hadir pada peringkat akhir Mathematics Project Power Point Presentation Challenge 2010.

17 March 2010

Perjumpaan Guru-Guru Lukisan Sekolah rendah Daerah Tutong bersama Pensyarah UBD

Guru-Guru Lukisan Sekolah Sekolah Rendah Daerah Tutong telah membuat satu perjumpaan dengan Pensyarah-Pensyarah Lukisan dari UBD di Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong pada 17.3.2010. Tujuan perjumpaan ialah untuk berbincang mengenai pengajaran dan pembelajaran lukisan seperti yang digariskan dalam SPN21. Selain itu isu-isu yang dihadapi oleh guru-guru lukisan dalam pengajaran dan pembelajaran murid juga dibincangkan.