07 July 2011

BENGKEL SENI LUKIS




Komiti guru-guru seni lukis bagi sekolah-sekolah zon Tutong I & II telah mengadakan bengkel seni lukis kepada semua guru-guru mata pelajaran seni lukis bagi kedua-dua zon SR Tutong I & II. Bengkel tersebut diadakan sekali seminggu sehingga 25 Julai 2011. Pada bengkel pertama 30 Jun 2011 yang diadakn di SR Tutong Kem, Tutong I juga telah dihadiri bersama oleh PTKK (R ), Cikgu Hj Ramlee b. Abd Rahman.

AMAZING MATHS RACE





Pada 07 Mei 2011 Kluster 3 dari Sekolah-Sekolah Zon Tutong II telah mengadakan aktiviti pendidikan berkonsepkan FUN & LEARN bertajuk Amazing Maths Race di Padang Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjung Maya, Tutong II. Selaku Tetamu Kehormat dan membuka resmi aktiviti tersebut ialah Cikgu Hj Rosli b. Hj Akop, PPKDTII.

05 July 2011

LAWATAN PEMANTAUAN BANJIR






Pada 19 Januari 2011 pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong terdiri dari :
*Cikgu Hj Rosli b. Hj Akop - PPKDTII
*Cikgu Zulkili b. Hj Ahmad - Pegawai Pelajaran (PDP1)
*Cikgu Umarali b. Hj Ismail - Pegawai Pelajaran (PDP2)

ke Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjung Maya, Tutong II yang dilanda banjir.


Sementara pada 20 Januari 2011 lawatan pemantauan banjir yang diketuai oleh YB Pehin Menteri Pendidikan dan rombongan Kementerian Pendidikan membuat lawatan ke Pusat Pemantauan Banjir Daerah Tutong (Balai Bomba Lamunin) serta ke sekolah-sekolah yang dilanda banjir.



26 May 2011

MERAIKAN PERSARAAN WAJIB MANTAN Pmk. PPDT

Pegawai-pegawai dan Kakitangan Jabatan Sekolah-Sekolah telah meraikan persaraan wajib bagi mantan Pmk.PPDT (Cikgu Abd Kani b. Abdullah)

MERAIKAN PERSARAAN MANTAN Pmk. PPDT

Satu majlis meraikan persaraan Mantan Pmk.PPDT, JSS Tutong Cikgu Abd Kani bin Abdullah pada 18 Februari 2011 di salah satu resort (Mangrove Resort). Diantara yang sama-sama meraikan ialah pegawai-pegawai & kakitangan JSS Tutong serta Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar sekolah-sekolah zon Tutong I & II.