05 February 2009

Banjir Sekolah-Sekolah Kawasan Tutong II

05.02.2009. Sebanyak 10 buah sekolah terjejas akibat banjir di sekolah-sekolah Kawasan Tutong II: SR Benutan, SR Panchong, SR Layong, SR Rambai,SR Penapar, SR Tg Maya, SR DPS ukong, SR KG Bukit, SR Long Mayan dan SR Bukit Udal.
9 Buah sekolah-sekolah murid tidak dapat hadir demi keselamatan dan begitu juga guru-guru mereka melapor di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan mereka.
Di SR Kg Bukit Udal beberapa orang murid yang berdekatan sekolah hadir dan guru-guru yang tinggal di kampong berdekatan juga terpaksa melapor ke SR Bukit Udal disebabkan mereka tidak dapat keluar sebaliknya guru-guru yang tinggal diluar Kg Bukit Udal tidak dapat menembusi jalan ke sekolah disebabkan jalan utama di Penapar terlalu dalam dan terpaksa melapor di sekolah-sekolah berdekataan.

Keadaan di hadapan SR AR Tanjong Maya Tutong II. Di bilik-bilk darjah air mencecah 10cm atau 1 kaki. walau bagaimanapun tiada kerosakan harta benda sekolah kerana telah dipindah lebih awal.


Keadaan Jalan Utama Penapar - Layong . jalan ini tidak lagi dapat ditembusi kenderan


Keadaan Di Depan Sekolah Menengah Tanjong Maya yang baru.

0 comments: