14 October 2009

Penyampaian Hadiah Pemenang ASEAN CORNER 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan ASEAN CORNER peringkat negara telah diadakan pada 14-10-2009 bertempat di Sekolah Vokasional Nahkoda Ragam. Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Eusoff Agaki Hj Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Enam buah sekolah rendah dari Daerah Tutong telah pun berjaya dalam pertandingan tersebut iaitu Tutong i: Pertama SR Kiudang, Kedua SR Tutong Kem, ketiga SR Keriam. Tutong II: Pertama SR Lubok Pulau, Kedua SR PKN Bukit Beruang dan ke Tiga SR Rambai.

Guru Besar SR PKN Bt Beruang dan Guru Besar SR Rambai menerima hadiah dari Tetamu Kehormat majlis.

Para jemputan yang menghadiri majlis penyampaian hadiah ASEAN CORNER 2009.

Antara yang dipamirkan di Geleri ASEAN CORNER 2009.

0 comments: