22 November 2009

Perjumpaan Professional GB/PGB senegara

Perjumpaan Professional Guru Besar dan Penolong Guru Besar Senegara di SR Rimba 2.

20 November 2009

INDUKSI GURU BARU DAN UPGRADERS NOV 2009

Induksi guru-Guru baru dan Upgraders 2009 telah dilaksanakan dari 17-19 Nov 2009. Objektif induksi ialah untuk mendedahkan guru-guru baru dan upgraders dengan ekspektasi Kementerian Pendidikan , cabaran-cabaran (Challenges), isu-isu dan amalan-amalan terbaik dalam pendidikan yang perlu diketahui oleh mereka dalam pendidikan masa kini khususnya dalam melaksanakan SPN21. Mereka juga didedahkan dengan "best practices" dalam pengurusan sekolah dan bilik darjah dengan membuat lawatan ke SR Panchong Tutong II untuk mebuat tinjauan sendiri serta berinteraksi dengan guru-guru , murid serta warga sekolah berkenaan . Selain itu mereka juga diberi pengetahuan dengan keadah membuat "Intervention dan Small Scale Action Research" untuk dibawa ke sekolah- masing masing untuk dilaksanakan.

Induksi dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai JSS Daerah Tutong. Sesi perbincangan juga dibuat dalam kumpulan kencil untuk membuat refleksi akan isu-isu atau cabaran-cabaran yang didedahkan.

Lawatan ke SR panchong untuk membuat tinjauan dalam pengurusan sekolah, bilik darjah, program peningkatan sekolah, aktiviti pembelajaran yang diamalkan di sekolah tersebut. SR Panchong merupakan sebuah sekolah contoh di Daerah Tutong

Di hari terakhir induksi, aktiviti kongsama dapatan dari induksi dibuat dalam kumpulan.Untuk mengakhiri sesi Induksi 2009 disampaikan sijil kepada semua peserta.

11 November 2009

PSR 2009

Pmk PP Daerah Tutong , Pmk PPKDT1, PKD dan PD merakamkan ucapan TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua sekolah rendah daerah Tutong kerana dapat mencapai pencapaian cemerlang PSR 2009. Daerah Tutong di tempat TERATAS senegara dengan : Tutong I 90.63% dan Tutong II 89.46 %. Keseluruhan Daerah Tutong 90.04 %.
Pencapaian cemerlang tercapai because we all work together.

04 November 2009

Learning Study -SR PKN Bt Beruang Tutong II

SR PKN Bt Beruang telah pun melaksanakan program "Learning Study". Program ini ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran murid di Bilik Darjah khususnya bagi tajuk pelajaran yang dikenal pasti susah untuk dipelajari murid.

Murid-murid tahun 2 yang sedang mengikuti aktiviti pembelajaran menerusi program Learning Study. Seorang murid menjelaskan jawapan yang dibuat menerusi kumpulan kepada gurunya yang ditayangkan menerusi projektor.

Murid-murid sedang membuat aktiviti kumpulan bagi permasalahan yang diberikan oleh guru.

Guru Besar, Penolong Guru Besar, Pmk PP Daerah Tutong dan Pmk PPKD Tutong I membuat perbincangan mengenai aktiviti pembelajaran yang dibuat dalam "Learning Study".