20 November 2009

INDUKSI GURU BARU DAN UPGRADERS NOV 2009

Induksi guru-Guru baru dan Upgraders 2009 telah dilaksanakan dari 17-19 Nov 2009. Objektif induksi ialah untuk mendedahkan guru-guru baru dan upgraders dengan ekspektasi Kementerian Pendidikan , cabaran-cabaran (Challenges), isu-isu dan amalan-amalan terbaik dalam pendidikan yang perlu diketahui oleh mereka dalam pendidikan masa kini khususnya dalam melaksanakan SPN21. Mereka juga didedahkan dengan "best practices" dalam pengurusan sekolah dan bilik darjah dengan membuat lawatan ke SR Panchong Tutong II untuk mebuat tinjauan sendiri serta berinteraksi dengan guru-guru , murid serta warga sekolah berkenaan . Selain itu mereka juga diberi pengetahuan dengan keadah membuat "Intervention dan Small Scale Action Research" untuk dibawa ke sekolah- masing masing untuk dilaksanakan.

Induksi dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai JSS Daerah Tutong. Sesi perbincangan juga dibuat dalam kumpulan kencil untuk membuat refleksi akan isu-isu atau cabaran-cabaran yang didedahkan.

Lawatan ke SR panchong untuk membuat tinjauan dalam pengurusan sekolah, bilik darjah, program peningkatan sekolah, aktiviti pembelajaran yang diamalkan di sekolah tersebut. SR Panchong merupakan sebuah sekolah contoh di Daerah Tutong

Di hari terakhir induksi, aktiviti kongsama dapatan dari induksi dibuat dalam kumpulan.Untuk mengakhiri sesi Induksi 2009 disampaikan sijil kepada semua peserta.

0 comments: