29 May 2010

Lawatan Belajar Dari Pelajar-Pelajar Compassvale Primary School Singapore Ke SR PKN Bukit Beruang Tutong II.

29.5.2010 - Serombongan 22 orang pelajar dan 4 orang guru di Compassvale Primary School Singapore yang diketuai oleh Vice Principal (Administration) Mr Perry Tan telah membuat lawatan belajar ke SR PKN Bukit Beruang Tutong II.
Dalam lawatan belajar tersebut pelajar-pelajar telah dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah : pra sekolah, bilik ict dan perpustakaan sekolah.
Selain dari membuat lawatan pelajar-pelajar juga diberi kesempatan ikut belajar di kelas-kelas untuk mempelajari Bahasa Melayu dan Pendidikan Ugama Islam.


Sewakatu aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu pelajar-pelajar Compassvale telah diberi kesempatan untuk mempelajari pantun dan ikut sama dalam seri berbalas pantun diantara pelajar PKN Bukit Beruang dan Pelajar dari Singapore.

Pelajar-Pelajar dari Compassvale Singapura belajar bersama rakan-rakan tahun 5 di PKN Bukit Beruang.

Pelajar-pelajar juga berkesmpatan membuat lawatan belajar di Eco Garden Sekolah dan telah sama-sama menanam pohon Rambutan.

Kemuncak lawatan ialah menyertai persembahan kesenian dari pelajar-pelajar PKN Bukit Beruang. Dalam kesempatan tersebuat pelajar-pelajar Compassvale juga ikut menyertai tarian adai-adai dan pukulan hadrah. Setelah itu pelajar-pelajar berkesampatan ikut serta dalam membuat kueh Melayu Brunei seperti membuat kelupis dan pinjaram.

0 comments: