10 January 2010

Perjumpaan Professional GB PGB bersama Pmk PP D Tutong awal Tahun 2010


Pmk PP Daerah Tutong Cikgu Abdul Kani menyampaikan taklimat perkara-perkara yang menjadi agenda utama pendidikan rendah 2010 dan cabaran-cabaran seperti pencapaian literasi dan numerasi, kualiti guru, pengurusan sekolah dan peranan bilik darjah yang merupakan "battle ground" untuk pelaksanaan dasar pendidikan negara. Selain itu juga disampaikan isu-isu yang perlu ditangani seperti penerapan budaya membaca, peranan perpustakaan sekolah dan program intervensi yang perlu dikukuhkan oleh semua sekolah.
Dalam kesempatan yang sama Pmk PP daerah Tutong juga memberi maklum balas pencapaian sekolah Daerah Tutong dalam akademik bagi tahun 1 hingga 6 termasuk pencapaian PSR berdasarkan analisis yang dibuat pada akhir tahun 2009.
Pada tahun 2009 Daerah Tutong mencatat pencapaian cemerlang dari segi % lulus dan pencapaian 5 A senegara. Harapan dan cita-cita Daerah Tutong 2010 ialah untuk kekal teratas dalam pencapaian akademik dan pencapaian Literasi dan Numerasi.

Penyelia Kanan Daerah Cikgu Hj Yahya Hj Abd Rahman menerangkan hal-hal pengurusan dan pentadbiran sekolah yang perlu dilaksanakan dan dipatuhi oleh pengurus sekolah.

Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar Daerah Tutong 2010.

0 comments: