27 April 2010

Cross puzzle mathematics Competation Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II

Sekolah Rendah Penapar Tutong 2 telah mengungkayahkan Cross puzzle Mathematics Competation bagi Tahun 4 dan Tahun 5 , 2010. Program ini merupakan program School Cluster sekolah-sekolah Tutong II . Objektif program ialah untuk meningkatkan kemahiran Numerasi di kalangan murid-murid selain itu objektif program juga ialah untuk mendedahkan murid dengan konsep pembelajaran "Play , Fun and Learn More" .
Crosspuzzle Mathematics berfokus pada kemahiran 4 oparesi iaitu (campur, tolak , darab dan bahagi serta kemahiran mengenal nombor).
Sebelum peraduan dilaksanakan program ini diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Pada peringkat seringan setiap sekolah menghantar 2 orang murid dari tahun 4 dan 5.
Pada Peringkat akhir peraduan pelajar-pelajar menggunakan Mac Book Computer dan mereka diberi masa 15 minit untuk menyelesaikan crosspuzzle mathematic yang mempunyai soalan sebanyak 30 soalan. Pelajar yang dapat menyelasaikan crosspuzzle Mathematics dalam masa terpantas dan markah tertinggi adalah menjadi pemenang peraduan.
Keputusan peraduan peringkat akhir ialah:
Tahun 4:
1. Hazirah Binti Zaini, SR Bukit Udal , markah 87% dengan masa 15 minit
2. Md Afiq bin Abu Hisham, SR Penapar ,markah 83 % dengan masa 6.35 Minit
3. Nina Natasya Phua , SR DPS Ukong , Markah 77 % dengan masa 11.21 minit

Tahun 5:
1. Ebudimanti Anak Mambak, SR Panchong , Markah 90 % dengan masa 9.06 minit
2. Norsaerina Binti Sablih, SR DPS Ukong, Markah 87 % dengan masa 11.23 minit
3. Mariana Christina , SR Benutan, markah 53 % dengan masa 15 minit


Pengerusi Pertandingan Cikgu Abdu Hamid Hj Mohammad menyampaikan ucapan alu-aluan. Cikgu Abdul Kani Abdullah , Pmk Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong memberikan ucapan dan saranan sebelum pertandingan dimulakan.



Murid-murid dari tahun 4 dan 5 yang menyertai pertandingan diperingkat akhir Crosspuzzle mathematics competation 2010 Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II.


Pemenang-pemenang menerima hadiah masing-masing. Selain itu sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan juga diberi sijil penyertaan dari Tetamu Kehormat.

0 comments: