SR Panchong Tutong II telah pun membena "ECO GARDEN" pembelajaran yang diusahakan oleh Guru-guru, murid-murid, Ibubapa dan ahli-ahli PIBG yang terletak di kawasan Sekolah yang luasnya lebeh kurang 0.5 hecter.
Eco garden ini mempunyai keunikannya tersendiri yang mana Pihak Jabatan Perhutanan telahpun membantu sekolah mengenal pasti 41 jenis pokok dan banyak lagi tumbuhan jenis "Shrub" dan "Herb" serta pelbagai macam serangga serta habitatnya yang begitu berpotensi untuk pembelajaran dan pendidikan.
Selain itu tapak Eco Garden ini begitu sesuai untuk mengadakan aktiviti pembelajaran bukan sahaja untuk SR Panchong sahaja malahan boleh diguna pakai oleh sekolah-sekolah lain untuk aktiviti pembelajaran.
21 October 2009
ECO GARDEN SR PANCHONG TUTONG II
Posted by Abdul Kani at 2:47 PM 0 comments
18 October 2009
MESYUARAT GB/PGB bersama Pmk PP Daerah Tutong Oct 2009
Mesyuarat Akhir Tahun 2009 Pmk PP Daerah Tutong dan Pmk PPKD Tutong I bersama GB dan PGB telah pun diadakan pada 17.10.2009. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan rancangan kegiatan "School Cluster 2010".
School Cluster dihasratkan berperanan sebagai "Learning Hub" bagi murid-murid di sekolah agar ianya berorentasikan aktiviti, challenging dan tidak bertumpu sekadar di dalam bilik darjah sahaja.

Pmk PP Daerah Tutong , Cikgu Abdul Kani mempengerusikan mesyuarat.


GB dan PGB Sekolah-sekolah Rendah Daerah Tutong sedang mengikuti perbincangan dalam mesyuarat.
Posted by Abdul Kani at 6:21 AM 0 comments
14 October 2009
Penyampaian Hadiah Pemenang ASEAN CORNER 2009
Enam buah sekolah rendah dari Daerah Tutong telah pun berjaya dalam pertandingan tersebut iaitu Tutong i: Pertama SR Kiudang, Kedua SR Tutong Kem, ketiga SR Keriam. Tutong II: Pertama SR Lubok Pulau, Kedua SR PKN Bukit Beruang dan ke Tiga SR Rambai.


Guru Besar SR PKN Bt Beruang dan Guru Besar SR Rambai menerima hadiah dari Tetamu Kehormat majlis.

Para jemputan yang menghadiri majlis penyampaian hadiah ASEAN CORNER 2009.


Antara yang dipamirkan di Geleri ASEAN CORNER 2009.
Posted by Abdul Kani at 6:01 PM 0 comments
13 October 2009
PSR 2009
PSR 2009 bermula dari 5hb hingga 8 hb October 2009. Semua sekolah di Daerah Tutong telah membuat persediaan yang rapi bagi mempersediakan diri murid masing-masing. Harapan semua sekolah ialah pencapaian cemerlang .



Posted by Abdul Kani at 1:54 PM 0 comments
01 September 2009
Spelling Competation Peringkat Negara 1.1.2009
Spelling Competation Peringkat akhir untuk memilih wakil ke Negara ASEAN telah diadakan di SR Rimba 2. Seramai 27 orang perserta mewakili 9 kawasan. 6 orang pengeja terbaik peringkat Daerah Tutong telah pun mengikuti peringkat akhir di peraduan tersebut.


Pusingan pertama seramai 27 orang murid mencoba kebolehan masing-masing.


Pusingan ke 2 seramai 18 orang terpilih. Selepas itu cuma tinggal 4 orang masuk pusingan suku akhir. Seorang Pelajar dari SR Rambai juga tersenarai untuk masuk ke peringkat suku akhir dan seterusnya berjaya masuk ke peringkat akhir.


Juara pertandingan akhir spelling competation dimenangi oleh Awg Dhiyanuddin bin Hj Mahrub dari SR Mabohai. Naib Johan dimenangi oleh Awg Jonah Matin bin Jasni dari SR Rambai Tutong II dan tempat ke tiga Dyg Maisarah binti Ibrahim dari SR Sungai Tali Lumut.
PPKDT2 mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada peserta Kawasan Tutong II Awang Jonah Matin bin Jasni SR Rambai Tutong II atas kejayaan cemerlang diperingkat akhir.
Posted by Abdul Kani at 3:56 PM 0 comments













