
Pmk PP Daerah Tutong Cikgu Abdul Kani menyampaikan taklimat perkara-perkara yang menjadi agenda utama pendidikan rendah 2010 dan cabaran-cabaran seperti pencapaian literasi dan numerasi, kualiti guru, pengurusan sekolah dan peranan bilik darjah yang merupakan "battle ground" untuk pelaksanaan dasar pendidikan negara. Selain itu juga disampaikan isu-isu yang perlu ditangani seperti penerapan budaya membaca, peranan perpustakaan sekolah dan program intervensi yang perlu dikukuhkan oleh semua sekolah.
Dalam kesempatan yang sama Pmk PP daerah Tutong juga memberi maklum balas pencapaian sekolah Daerah Tutong dalam akademik bagi tahun 1 hingga 6 termasuk pencapaian PSR berdasarkan analisis yang dibuat pada akhir tahun 2009.
Pada tahun 2009 Daerah Tutong mencatat pencapaian cemerlang dari segi % lulus dan pencapaian 5 A senegara. Harapan dan cita-cita Daerah Tutong 2010 ialah untuk kekal teratas dalam pencapaian akademik dan pencapaian Literasi dan Numerasi.
Penyelia Kanan Daerah Cikgu Hj Yahya Hj Abd Rahman menerangkan hal-hal pengurusan dan pentadbiran sekolah yang perlu dilaksanakan dan dipatuhi oleh pengurus sekolah.

Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar Daerah Tutong 2010.
10 January 2010
Perjumpaan Professional GB PGB bersama Pmk PP D Tutong awal Tahun 2010
Posted by Abdul Kani at 10:00 AM 0 comments
07 January 2010
SR Penapar awal tahun 2010


Pemebelajaran awal tahun di SR Penapar.

ICT dan Perpustakaan Sekolah juga telah berfungsi untuk pembelajaran bagi awal tahun 2010
Posted by Abdul Kani at 12:43 PM 0 comments
Lawatan Ke SR AR Tanjong Maya Tutong II
Lawatan ke sekolah-sekolah Daerah Tutong awal tahun diteruskan ke SR Tanjong Maya. Pemantauan pengurusan sekolah awal tahun dibuat termasuk dalam hal murid, guru serta kemudahan sekolah serta membuat tinjauan ke bilik-bilik darjah.
berbincang dengan Guru Besar SR AR Tanjong Maya.
Meninjau murid pra sekolah yang baru masuk bersekolah pada awal tahun 2010.
Posted by Abdul Kani at 12:32 PM 0 comments
06 January 2010
Persekolahan Sekolah Pedalaman Awal Tahun


Suasana Pembelajaran sekolah pedalaman pada awal tahun 2010.
Keceriaan pembelajaran murid-murid SR Benutan Tutong II yang sedang membuat aktiviti pembelajaran.

Pegawai-Pegawai dari JSS Tutong membuat lawatan ke Sekolah Rendah Benutan Tutong II pada 6.1.2010.
Posted by Abdul Kani at 4:56 PM 0 comments










