Pendidikan di sekolah pedalaman sentiasa diambil perhatian khususnya untuk mempastikan " strategic map" Kementerian Pendidikan terlaksana sepertimana yang dihasratkan.


Kemudahan ICT serta pembelajaran ICT dibincangankan dengan Guru Besar serta guru-guru agar ianya dimanafaatkan sepenuhnya dalam pembelajaran murid.


Lawatan ke bilik darjah khususnya Pra Sekolah, Tahun 1, tahun 4 dan tahun 6 dibuat untuk melihat lebeh dekat bagai mana program pembelajaran dibuat dan di terima oleh murid.
27 July 2009
Lawatan Sekolah Pedalaman - SR KG Bukit
Posted by Abdul Kani at 7:17 PM 0 comments
16 July 2009
Sembahyang Sunnat Tolak Bala Wabak Influenza A H1N1

Pelbagai usaha telah dibuat di Daerah Tutong untuk menangani wabak Influenza A H1N1 khususnya di sekolah-sekolah seperti membuat pemeriksaan suhu badan setiap pagi kapada warga sekolah, melaksanakan penjagaan kebersihan seperti mencuci tangan, mendidik penjagaan kesihatan diri kepada murid, menjaga kebersihan tandas, dapor , bilik darjah serta kawasan sekolah. Selain itu amalan-amalan keagamaan juga tidak diabaikan untuk memohon perlindungan kepada Allah Subahanahu Wa Ta'ala seperti membaca doa setiap pagi.
Selain itu sekolah-sekolah juga disarankan untuk mengadakan sembahyang Sunat Hajat Tolak Bala Wabak Influenza A H1n1 .
Posted by Abdul Kani at 8:44 PM 0 comments
Lawatan Ke SR Bukit Udal dan SR DPS Ukong
Lawatan untuk memantau sekolah khususnya semasa wabak Influenza A H1N1 sentiasa sahaja dibuat bagi sekolah-sekolah pedalaman.Satu lawatan ke SR Bukit Udal dan DPS Ukong telah dibuat pada 16.07.09. Dalam kesempatan itu juga dibuat sesi muzakarah untuk berbincang hal akademik, program-program peningkatan sekolah dan juga permasalahan dan isu-isu semasa .

Posted by Abdul Kani at 8:28 PM 0 comments
13 July 2009
Penanaman Batu Asas SR Perpindahan Bukit Beruang Tutong II
Satu majlis penanaman batu asas Sekolah Rendah yang baru di Kg Perpindahan Bukit beruang telah diadakan pada pagi 13.7.2009 yang disempurnakan oleh Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan.
Bangunan sekolah baru terletak di Tapak lama SR PKN Bukit Beruang seluas 5.5 acres yang mempunyai 2 blok bangunan 3 tingkat, 1 blok bangunan dewan serbaguna, blok kantin, blok kindergarten dan kemudahan-kemudahan lain.
Turut hadir di majlis itu ialah SUT (HE), Tim SUT, DG dan pengarah-pengarah serta pegawai kanan Kementerian Pendidikan.



Posted by Abdul Kani at 2:20 PM 0 comments
08 July 2009
Pemantauan Influenze A H1N1 ke Sekolah Pedalaman
SR Layong Tutong II
Perhatian dan pemantauan kesihatan warga sekolah menjadi "Prioriti" kepada pihak sekolah walaupun SR Layong merupakan sebuah sekolah Pedalaman.. Semua warga sekolah menjalani pemeriksaan tahap kesihatan setiap pagi . Selain itu kebersihan murid-murid, bilik darjah, dapur dan tandas diambil berat setiap masa.

Tahap kesihatan dan kebersihan murid sentiasa diawasi setiap masa.

Murid-murid diarahkan untuk mengamalkan mencuci tangan sebelum memulakan pembelajaran dan juga selepas menggunakan tandas.

Kebersihan dan keceriaan sekitar sekolah yang bersih.
Posted by Abdul Kani at 6:03 PM 0 comments












