SR Layong Tutong II
Perhatian dan pemantauan kesihatan warga sekolah menjadi "Prioriti" kepada pihak sekolah walaupun SR Layong merupakan sebuah sekolah Pedalaman.. Semua warga sekolah menjalani pemeriksaan tahap kesihatan setiap pagi . Selain itu kebersihan murid-murid, bilik darjah, dapur dan tandas diambil berat setiap masa.
Tahap kesihatan dan kebersihan murid sentiasa diawasi setiap masa.
Murid-murid diarahkan untuk mengamalkan mencuci tangan sebelum memulakan pembelajaran dan juga selepas menggunakan tandas.
Kebersihan dan keceriaan sekitar sekolah yang bersih.
SR Penapar Tutong II
Hari ke 3 persekolahan penggal ke 3 masih dijalankan dengan pemantauan Influenza A H1N1 pada keseluruhan warga sekolah termasuk pelawat . Sekolah-sekolah pedalaman tidak terkecuali untuk melaksanakan arahan garis pandu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan yang dilaksanakan di awal pagi sebelum pembelajaran dan pengajaran bermula.
Penyelia Kanan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong yang membuat pemantauan juga diperiksa suhu badan oleh guru yang bertugas di SR Penapar untuk mempastikan beliau sehat sebelum masuk ke kawasan sekolah.
0 comments:
Post a Comment