01 September 2009

Spelling Competation Peringkat Negara 1.1.2009

Spelling Competation Peringkat akhir untuk memilih wakil ke Negara ASEAN telah diadakan di SR Rimba 2. Seramai 27 orang perserta mewakili 9 kawasan. 6 orang pengeja terbaik peringkat Daerah Tutong telah pun mengikuti peringkat akhir di peraduan tersebut.

Pusingan pertama seramai 27 orang murid mencoba kebolehan masing-masing.

Pusingan ke 2 seramai 18 orang terpilih. Selepas itu cuma tinggal 4 orang masuk pusingan suku akhir. Seorang Pelajar dari SR Rambai juga tersenarai untuk masuk ke peringkat suku akhir dan seterusnya berjaya masuk ke peringkat akhir.


Juara pertandingan akhir spelling competation dimenangi oleh Awg Dhiyanuddin bin Hj Mahrub dari SR Mabohai. Naib Johan dimenangi oleh Awg Jonah Matin bin Jasni dari SR Rambai Tutong II dan tempat ke tiga Dyg Maisarah binti Ibrahim dari SR Sungai Tali Lumut.

PPKDT2 mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada peserta Kawasan Tutong II Awang Jonah Matin bin Jasni SR Rambai Tutong II atas kejayaan cemerlang diperingkat akhir.

20 August 2009

Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang dan Terbaik 2009

Penyampaian hadiah murid cermerlang dan terbaik peringkat negara bagi murid-murid sekolah rendah kerajaan dan swasta telah diadakan di Pusat Persidangan Antara Bangsa Berakas pada 19.8.09. Tetamu kehormat majlis ialah Datin Paduka Dayang Hajah Afsah binti Hj Abd. Majid.

Murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang menerima hadiah murid terbaik dari sekolah-sekolah kerajaan dan swasta.



Seramai 6 orang murid dari sekolah rendah kerajaan dan 6 orang murid sekolah-sekolah swasta telah menerima hadiah murid cemerlang 2009.

15 August 2009

Perasmian Perpustakaan SR Tumpuan Telisai.

SR Tumpuan Telisai telah pun membuat pengubahsuaian terhadap Perpustakaan Sekolah tersebut kepada konsep yang lebih mesra pengguna kepada pelajar. Perasmian Perpustakaan berkenaan telah pun disempurnakan oleh Pmk PP Daerah JSS Tutong. Turut hadir di perasmian tersebut ialah Guru-Guru Besar SR Sekolah Rendah Kawasan Tutong II.

Alu-aluan Guru Besar SR Tumpuan Telisai dan ucapan perasmian Tetamu Kehormat.


Aktiviti-aktiviti perpustakaan yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SR Tumpuan Telisai.

Spelling Competation Peringkat Kawasan Tutong II

Spelling Competation peringkat kawasan Tutong II telah pun diadakan di SR Tumpuan Telisai pada 15.8.2009. Seramai 13 orang perserta telah mengikuti perlawanan separoh akhir dan 6 orang dipilih untuk peringkat akhir untuk memilih 3 perserta terbaik untuk wakil kawasan Tutong II ke peringkat kebangsaan yang akan di adakan pada1 September 2009 nanti.

Peserta Peringkat akhir pertandingan Ejaan Bahasa Inggeris 2009 peringkat kawasan Tutong II.

3 Pemenang pengeja terbaik sekolah-sekolah kawasan Tutong II yang akan ke peringkat kebangsaan.

10 August 2009

Induksi Guru-Guru Baru 2009 (10.8.09)

Sesi Induksi Pegawai-Pegawai Pelajaran dan guru-guru baru dari sekolah-sekolah rendah Daerah Tutong 2009 telah diadakan di JSS Tutong selama 2 hari yang bermula 10 dan 11 .8.2009.
Program Induksi merupakan salah satu program staff development yang dikhususkan kepada pegawai-pegawai pelajaran dan guru-guru yang baru berkhidmat dengan Jabatan Sekolah-Sekolah.
Matlamat program ialah untuk memasyarakatkan tenaga pengajar baru dengan sistem yang ada di sekolah-sekolah dan JSS dengan tujuan untuk memokus para tenaga pengajar baru kepada konsep "Guru Berkualiti - Pengajaran Berkualiti".
Dalam sesi induksi tersebut perkara yang disampaikan ialah:
i.Struktur Pentadbiran Jabatan Sekolah-Sekolah.
ii. Expektasi Kementerian Pendidikan dan Jabatan Sekolah-Sekolah terhadap Pegawai-Pegawai Pelajaran dan Guru-guru di sekolah.
iii. Etika Kerja
iv. Sistem Penilaian Prestasi Pegawai-Pegawai Pelajaran dan Guru-guru.

Selain dari mengikuti taklimat para peserta juga akan didedahkan dengan satu sesi bengkel "Action Research" bagi membolehkan Pegawai-Pegawai Pelajaran dan Guru-Guru Baru membuat kajian dan Proposal untuk meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah-sekolah tempat mereka bertugas.

Pmk PP Daerah Tutong menyampaikan taklimat bertajuk "Expektasi Kementerian Pendidikan terhadap Pegawai-Pegawai Pelajaran dan Guru-Guru di Sekolah-sekolah.

Pegawai-Pegawai pelajaran dan Guru-guru baru yang menghadiri sesi induksi 2009.