Sesi Induksi Pegawai-Pegawai Pelajaran dan guru-guru baru dari sekolah-sekolah rendah Daerah Tutong 2009 telah diadakan di JSS Tutong selama 2 hari yang bermula 10 dan 11 .8.2009.
Program Induksi merupakan salah satu program staff development yang dikhususkan kepada pegawai-pegawai pelajaran dan guru-guru yang baru berkhidmat dengan Jabatan Sekolah-Sekolah.
Matlamat program ialah untuk memasyarakatkan tenaga pengajar baru dengan sistem yang ada di sekolah-sekolah dan JSS dengan tujuan untuk memokus para tenaga pengajar baru kepada konsep "Guru Berkualiti - Pengajaran Berkualiti".
Dalam sesi induksi tersebut perkara yang disampaikan ialah:
i.Struktur Pentadbiran Jabatan Sekolah-Sekolah.
ii. Expektasi Kementerian Pendidikan dan Jabatan Sekolah-Sekolah terhadap Pegawai-Pegawai Pelajaran dan Guru-guru di sekolah.
iii. Etika Kerja
iv. Sistem Penilaian Prestasi Pegawai-Pegawai Pelajaran dan Guru-guru.
Selain dari mengikuti taklimat para peserta juga akan didedahkan dengan satu sesi bengkel "Action Research" bagi membolehkan Pegawai-Pegawai Pelajaran dan Guru-Guru Baru membuat kajian dan Proposal untuk meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah-sekolah tempat mereka bertugas.
Pmk PP Daerah Tutong menyampaikan taklimat bertajuk "Expektasi Kementerian Pendidikan terhadap Pegawai-Pegawai Pelajaran dan Guru-Guru di Sekolah-sekolah.
Pegawai-Pegawai pelajaran dan Guru-guru baru yang menghadiri sesi induksi 2009.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435M
-
Sabtu 16hb Ogos 2014 bertempat di Dewan Sekolah telah diadakan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga sekolah.
Semua penuntut dari Prasekolah hing...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment