Pmk PP Daerah Tutong telah membuat lawatan ke SR PKN Bukit Beruang untuk meninjau keadaan jerebu di sekolah berkenaan. Selain itu pelaksanaan pemeriksaan Influenza A H1N1 serta pengurusan sekolah dibincangkan dengan Guru Besar SR PKN Bukit Beruang - Cikgu Samihon bin Hj Kachi .Perkara yang disarankan ialah langkah-langkah keselamatan dan kesehatan semasa Jerebu yang perlu diambil oleh pihak sekolah termasuk membuat Plan Tindakan atau SOP.

Pmk PP Daerah Tutong juga meninjau pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran termasuk melihat akan kemudahan ICT sekolah.
Kemudahan Perpustakaan sekolah juga dibincangkan termasuk program-program yang dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kemahiran literasi dan minat membaca murid.
Perbincangan dengan guru-guru darjah 6 . Perkara yang diambil perhatian ialah analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan ujian mock serta strategi-strategi jangka pendek sekolah sebelum menghadapi peperiksaan sebenar pada bulan Oktober nanti.
05 August 2009
Lawatan Ke SR PKN Bukit Beruang - 5-8-2009
Posted by Abdul Kani at 7:11 PM 0 comments
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEMASA KEADAAN JEREBU
Jabatan Sekolah-Sekolah khususnya Bahagian Pendidikan Rendah telah mengeluarkan peringatan kepada semua sekolah sekolah rendah di Negara Brunei Darussalam agar mematuhi langkah-langkah keselamatan dalam mengadakan kegiatan-kegiatan pembelajaran dan kegiatan-kegiatan jasmani di sekolah-sekolah semasa dalam keadaan berjerebu.
- Mengurangi kegiatan diluar bilik darjah terutama bagi warga sekolah yang menghadapi masalah pernafasan dan penyakit jantung jika PSI di antara 51-100( Sederhana)
- Tidak mengadakan kegiatan di luar bilik darjah bagi semua warga sekolah dan dinasihatkan memakai toping muka (mask) jika keluar bilik darjah jika PSI 101-200( Tidak sehat)
- Tidak mengadakan aktiviti Physical sama sekali di dalam dan luar darjah untuk semua warga sekolah dan dinasihatkan memakai penutup muka (mask) jika perlu jika PSI 201- 300 dan ke atas ( Sangat tidak sehat).
- Menyediakan Plan Tindakan Sekolah menghadapi keadaan Jerebu.
- Sentiasa peka (alert) dengan keadaan cuaca harian persekitaran.
- Sentiasa mengikut maklumat semasa dari media-media khususnya makluman mengenai Jerebu.
- Menhubungi bahagian kecemasan/ kesihatan/ ibubapa murid jika terdapat tanda-tanda ganguan penafasan murid dan warga sekolah.
- Elakkan dari membuat pembakaran sampah sarap secara terbuka di kawasan sekolah.
- Mengikuti langkah-langkah kesihatan semasa mengadakan kegiatan pembelajaran di luar dan dalam bilik darjah khususnya kegiatan PE, Sukan dan seumpamanya.
- Memakai penutup muka (Mask) jika perlu
- Galakkan murid banyak minum air.
- Menghubungi Unit Alam Sekitar untuk kepastian indek kualiti udara jika perlu.
Posted by Abdul Kani at 6:24 AM 0 comments
03 August 2009
Kongsisama JAPSER Daerah Tutong -1.8.2009
Sebelum kongsi sama bermula, pemeriksaan kesihatan dilaksanakan oleh Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar sendiri sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wabak Influenza A H1N1.
Guru-Guru Besar, Penolong -penolong Guru Besar serta Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Pendidikan rendah yang hadir sama.

Posted by Abdul Kani at 7:32 PM 0 comments
27 July 2009
Lawatan Sekolah Pedalaman - SR KG Bukit
Pendidikan di sekolah pedalaman sentiasa diambil perhatian khususnya untuk mempastikan " strategic map" Kementerian Pendidikan terlaksana sepertimana yang dihasratkan.


Kemudahan ICT serta pembelajaran ICT dibincangankan dengan Guru Besar serta guru-guru agar ianya dimanafaatkan sepenuhnya dalam pembelajaran murid.


Lawatan ke bilik darjah khususnya Pra Sekolah, Tahun 1, tahun 4 dan tahun 6 dibuat untuk melihat lebeh dekat bagai mana program pembelajaran dibuat dan di terima oleh murid.
Posted by Abdul Kani at 7:17 PM 0 comments
16 July 2009
Sembahyang Sunnat Tolak Bala Wabak Influenza A H1N1

Pelbagai usaha telah dibuat di Daerah Tutong untuk menangani wabak Influenza A H1N1 khususnya di sekolah-sekolah seperti membuat pemeriksaan suhu badan setiap pagi kapada warga sekolah, melaksanakan penjagaan kebersihan seperti mencuci tangan, mendidik penjagaan kesihatan diri kepada murid, menjaga kebersihan tandas, dapor , bilik darjah serta kawasan sekolah. Selain itu amalan-amalan keagamaan juga tidak diabaikan untuk memohon perlindungan kepada Allah Subahanahu Wa Ta'ala seperti membaca doa setiap pagi.
Selain itu sekolah-sekolah juga disarankan untuk mengadakan sembahyang Sunat Hajat Tolak Bala Wabak Influenza A H1n1 .
Posted by Abdul Kani at 8:44 PM 0 comments







