05 August 2009

Lawatan Ke SR PKN Bukit Beruang - 5-8-2009

Pmk PP Daerah Tutong telah membuat lawatan ke SR PKN Bukit Beruang untuk meninjau keadaan jerebu di sekolah berkenaan. Selain itu pelaksanaan pemeriksaan Influenza A H1N1 serta pengurusan sekolah dibincangkan dengan Guru Besar SR PKN Bukit Beruang - Cikgu Samihon bin Hj Kachi .Perkara yang disarankan ialah langkah-langkah keselamatan dan kesehatan semasa Jerebu yang perlu diambil oleh pihak sekolah termasuk membuat Plan Tindakan atau SOP.


Pmk PP Daerah Tutong juga meninjau pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran termasuk melihat akan kemudahan ICT sekolah.

Kemudahan Perpustakaan sekolah juga dibincangkan termasuk program-program yang dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kemahiran literasi dan minat membaca murid.

Perbincangan dengan guru-guru darjah 6 . Perkara yang diambil perhatian ialah analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan ujian mock serta strategi-strategi jangka pendek sekolah sebelum menghadapi peperiksaan sebenar pada bulan Oktober nanti.

0 comments: