05 August 2009

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEMASA KEADAAN JEREBU

Jabatan Sekolah-Sekolah khususnya Bahagian Pendidikan Rendah telah mengeluarkan peringatan kepada semua sekolah sekolah rendah di Negara Brunei Darussalam agar mematuhi langkah-langkah keselamatan dalam mengadakan kegiatan-kegiatan pembelajaran dan kegiatan-kegiatan jasmani di sekolah-sekolah semasa dalam keadaan berjerebu.

  • Mengurangi kegiatan diluar bilik darjah terutama bagi warga sekolah yang menghadapi masalah pernafasan dan penyakit jantung jika PSI di antara 51-100( Sederhana)
  • Tidak mengadakan kegiatan di luar bilik darjah bagi semua warga sekolah dan dinasihatkan memakai toping muka (mask) jika keluar bilik darjah jika PSI 101-200( Tidak sehat)
  • Tidak mengadakan aktiviti Physical sama sekali di dalam dan luar darjah untuk semua warga sekolah dan dinasihatkan memakai penutup muka (mask) jika perlu jika PSI 201- 300 dan ke atas ( Sangat tidak sehat).
Selain itu juga mengingatkan agar membuat langkah berikut:
  • Menyediakan Plan Tindakan Sekolah menghadapi keadaan Jerebu.
  • Sentiasa peka (alert) dengan keadaan cuaca harian persekitaran.
  • Sentiasa mengikut maklumat semasa dari media-media khususnya makluman mengenai Jerebu.
  • Menhubungi bahagian kecemasan/ kesihatan/ ibubapa murid jika terdapat tanda-tanda ganguan penafasan murid dan warga sekolah.
  • Elakkan dari membuat pembakaran sampah sarap secara terbuka di kawasan sekolah.
  • Mengikuti langkah-langkah kesihatan semasa mengadakan kegiatan pembelajaran di luar dan dalam bilik darjah khususnya kegiatan PE, Sukan dan seumpamanya.
  • Memakai penutup muka (Mask) jika perlu
  • Galakkan murid banyak minum air.
  • Menghubungi Unit Alam Sekitar untuk kepastian indek kualiti udara jika perlu.

0 comments: