SR Tumpuan Telisai Tutong II.
Hari ke 2 persekolahan penggal ke 3. Pembelajaran di SR Tumpuan Telisai berjalan seperti biasa. SR Tumpuan Telisai telah membentuk komiti untuk menangani wabak Flu A H1N1 dan menyediakan plan tindakan kesihatan. Guru telah mula memeriksa kesihatan murid se awal 6.20 minit pagi. Garis pandu yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan dilaksanakan seperti yang diarah.
Keceriaan murid maseh jelas kelihatan dalam mengikuti program pembelajaran.
Setengah murid memakai penutup mulut sebagai langkah berjaga-jaga. Selain dari itu kebersihan murid sentiasa dipantau terutama sekali murid Pra Sekolah dan Tahun 1 yang maseh terlalu kecil untuk membersih diri mereka.
Penekanan terhadap tandas murid diberi perhatian. Pembersihan tandas dibuat setiap waktu agar kebersihan sentiasa ditahap maksima.
SR Danau Tutong II
Seperti di sekolah-sejkolah lain SR Danau juga mempunyai komiti dan plan tindakan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan warga sekolah juga dibuat kepada semua warga sekolah di awal pagi untuk memastikan murid-murid yang hadir dalam keadaan sehat .
Selain dari pemeriksaan waktu pagi pemantau juga dibuat di dalam bilik darjah.Seorang guru sedang memeriksa suhu badan seorang murid.
Sebagai langkah berjaga-jaga dan berwaspada murid-murid terpaksa duduk secara berasingan dan sentiasa memakai penutup mulut sewaktu belajar.
Tandas murid yang sentiasa dijaga bersih.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435M
-
Sabtu 16hb Ogos 2014 bertempat di Dewan Sekolah telah diadakan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga sekolah.
Semua penuntut dari Prasekolah hing...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment