SR PKN Bukit Beruang Tutong II
Persekolahan bagi penggal ke tiga bermula pada 6.7.2009. Mulai pada hari ini juga semua sekolah telah pun diarahkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan murid-murid, guru-guru, kakitangan termasuk pelawat ke sekolah sebagai usaha berjaga-jaga wabak Flu A H1N1 . Kebanyakan sekolah telah bersiap sedia membuat pemeriksaan se awal 6.30 pagi di kawasan masuk sekolah. Selain dari pada itu, tempat-tempat mencuci tangan juga disediakan disekitar kawasan sekolah. Tandas-tandas, dapor dan kantin sekolah juga diambil perhatian khusus.
Guru-Guru yang bertugas membuat pemeriksaan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah. Pemeriksaan telah mula beroperasi se awal 6.30 pagi . Alhamdulilah pemeriksaan berjalan dengan lancar tampah masalah.
Sekolah-sekolah juga telah membuat pemberitahuan kepada pihak Ibubapa dan Penjaga murid mengenai dengan kemestian pemeriksaan kesihatan dan penyucian tangan yang dibuat oleh pihak sekolah.
Murid-murid sedang menunggu giliran untuk diperiksa.
Murid yang selesai diperiksa akan diberi "sticker" dan kalong catatan kesihatan. Mana-mana murid yang demam dan kurang sehat adalah diarahkan untuk dihantar balik bersama ibubapa masing-masing.
Murid-murid juga diarahkan serta ditunjuk ajar cara-cara mencuci tangan sebelum masuk belajar. Tandas sekolah juga menjadi tumpuan penjagan kebersihan pihak sekolah.
SR AR Tanjong Maya Tutong II
Selain dari murid, guru-guru dan kakitangan yang bertugas juga tidak terkecuali dari pemeriksaan suhu badan dari para petugas.
Pembelajaran berjalan seperti biasa meski pun persekolahan baru bermula.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435M
-
Sabtu 16hb Ogos 2014 bertempat di Dewan Sekolah telah diadakan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga sekolah.
Semua penuntut dari Prasekolah hing...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment