Pmk PP Daerah Tutong bersama pegawai-pegawai JSS Daerah Tutong telah pun membuat lawatan ke SR Kg Bukit yang merupkan sebuah sekolah Pedalaman. SR Bukit yang mempunyai bangunan baru yang baharu sahaja digunakan pada awal tahun ini menampung pelajar-pelajar dari KG Bukit sendiri dan Pelajar dari Kg Long Mayan.

Guru Besar SR Kg Bukit Cikgu Jalan bin Ramai berbincangan dengan Pmk PP Daerah Tutong . Dalam lawatan tersebut Pmk PPDT juga berkesempatan berbincang dengan guru Mathematics Tahun 6 mengenai pencapaian Mata Pelajaran Mathematics pada penilaian pertama 2010.



Pmk PPDT juga berkesempatan melihat "Peer Observation" yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah tersebut yang merupakan satu program staff development untuk membantu guru baru.

Turut ditinjau ialah aktiviti pembelajaran dibilik darjah, kemudahan ICT dan perpustakaan.

Muzakarah degan Guru-Guru SR KG Bukit untuk menyampaikan saranan khususnya untuk merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan dalam Program Literasi dan Numerasi.
05 May 2010
Lawatan Pmk PP Daerah Tutong ke Sekolah Pedalaman - SR Kg Bukit
Posted by Abdul Kani at 10:46 PM 0 comments
04 May 2010
SR PKN Bukit Beruang telah pun membuat perubahan kepada Perpustakaan Sekolah dengan konsep "School Library as Curiculum Partner" atau Perpustakaan Sekolah sebagai rakan Kurikulum. Dengan konsep ini perpustakaan bukan lagi sekadar tempat meminjam atau mebaca buku-buku cerita tetapi akan berperanan lebih luas ia itu Perpustakaan tempat belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan dan informasi yang berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari dibilik darjah.
Selain menyediakan program=program dan aktiviti pembelajaran , perubahan -perubahan lain yang dibuat ialah menyediakan sudut-sudut pembelajaran dan sudut aktiviti seperti sudut membaca, sudut book review, sudut mari bercerita, sudut Cyber dan beberapa sudut lain lagi yang menjurus untuk kegiatan pembelajaran

Sudut bacaan dan sudut mari bercerita .

Sudut Video dan Cyber Corner . Murid-murid sedang melayari internet dan berinetarksi dengan rakan-rakan sebaya di sekolah-sekolah lain.

Guru-Guru Besar dan Pegawai-pegawai dari JSS ikut meninjau Perpustakaan SR PKN Bukit Beruang.

Cikgu Samihon bin Hj Kachi, Guru Besar SR PKN Bukit Beruang dalam ucapan alu-aluan dan Cikgu Hj Ramli bin Hj Abd Rahman , Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Bahagian Pelajaran Rendah merasmikan Perpustakaan dan Blog Perpustakaan SR PKN Bukit Beruang Tutong II
Posted by Abdul Kani at 6:36 PM 0 comments
Sekolah-Sekolah Tutong II School Cluster Action Research
Sekolah-sekolah kawasan Tutong II telah pun melakasanakan School Cluster Action Research dalam Program Numerasi Sekolah. Projek yang memakan masa hampir 3 bulan untuk dibuat kajian ini telah pun dibuat kongsisama kepada Guru-Guru Besar dan Guru-Guru Kanan Akademik sekolah-sekolah Rendah Kawasan Tutong 2.
Sebanyak 12 buah sekolah telah pun menyertai projek ini manakala SR PKN Bukit Beruang dijadikan Sekolah Mentor untuk membantu sekolah-sekolah lain melaksanakan projek tersebut. Projek tersebut dibahagi kapada 3 Cluster: Cluster 1- SR danau, SR Tumpuan Telisai dan SR Bukit Udal/ Cluster 2 - SR Lubok Pulau, SR AR Tanjong Maya, SR Penapar, SR Layong dan SR DPS Ukong . Cluster 3- SR Benutan, SR Rambai, SR Panchong dan SR KG Bukit.
Dalam projek tersebut kajian difokuskan dalam permasalahan kemahiran 4 operasi Numerasi. Dapatan dari kajian telah pun dikumpulkan dan dikongsisamakan dan pada ketika ini dibuat pameran di SR PKN Bukit Beruang .

Cikgu Samihon Hj Kachi Guru Besar SR PKN Bukit Beruang yang mempengerusikan Sesi Kongsisama Action Research Tutong II. Ck Abdul Kani Abdullah yang dijemput selaku tetamu khas sesi kongsisama.

Cikgu Hjh Kostinah Hj Garif selaku Mentor Khas Projek

Guru-Guru Besar dan Guru-Guru yang hadir dalam sesi konsisama Action Reaserch Numeracy Tutong II



Guru-guru dari 3 cluster sekolah-sekolah Kawasan Tutong II yang menyampaikan Dapatan Action Reseach mereka.
Posted by Abdul Kani at 5:46 PM 0 comments
01 May 2010
Sesi Kongsi Sama JAPSER BELAIT (Kajian Tulisan Tangan Sekolah Rendah Daerah Belait)
1.5.2010- JAPSER Daerah Belait telah pun membuat sesi kongsisama kajian ke atas Tulisan Tangan di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait. Guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar Daerah Belait telah pun mengongsikan dapatan kajian mereka kepada guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar Senegara.
Program Professional (Kongsisama) ini merupakan program Professional Bahagian Pelajaran Rendah . Pada tahun 2010 ini, ianya berfokus kepada aspek kajian terhadap permasalahan pembelajaran di sekolah-sekolah daerah masing-masing.
Selain dari sesi penyampaian dapatan, sesi soal jawab juga diadakan.
Guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar Senegara, dan Pegawai-pegawai Bahagian Pelajaran Rendah juga turut hadir disesi tersebut yang diadakan di SR Rimba 2..
Timbalan SUT Pendidikan Teras, Hj Suhaila bin Hj Karim juga hadir sama .
Pembentang Kertas Kajian Guru-Guru Besar Daerah Belait.
Timbalan SUT Pendidikan teras, HJ Suhaila bin Hj Karim dan Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan sedang mendengar pembentangan kertas Kajian.
Posted by Abdul Kani at 6:16 PM 0 comments
Lawatan Ke SR PKN Bukit Beruang Tutong II
1.5.2010- Pmk PP Daerah Tutong telah membuat lawatan kerja ke SR PKN Bukit Beruang untuk meninjau aktiviti pembelajaran dan pengajaran sekolah. Dalam lawatan beliau berkesempatan sama-sama membuat penilaian Program Lesson Study yang dikendalikan di sekolah berkenaan.
Guru Tahun 1 yang membuat pengajaran berdasarkan Lesson Study sambil dibuat penilaian oleh rakan-rakan sejawat dan komiti Lesson Study sekolah .
Aktiviti pembelajaran yang dibuat oleh murid secara kumpulan sambil rakaman video dibuat oleh seorang guru untuk penilaian selanjutnya dalam sesi feedback.
Murid-murid tahun 1 yang membuat feedback hasil kerja kumpulan mereka.

Murid tahun 1 membuat projek berkumpulan.
Posted by Abdul Kani at 5:56 PM 0 comments







