04 May 2010

SR PKN Bukit Beruang telah pun membuat perubahan kepada Perpustakaan Sekolah dengan konsep "School Library as Curiculum Partner" atau Perpustakaan Sekolah sebagai rakan Kurikulum. Dengan konsep ini perpustakaan bukan lagi sekadar tempat meminjam atau mebaca buku-buku cerita tetapi akan berperanan lebih luas ia itu Perpustakaan tempat belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan dan informasi yang berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari dibilik darjah.
Selain menyediakan program=program dan aktiviti pembelajaran , perubahan -perubahan lain yang dibuat ialah menyediakan sudut-sudut pembelajaran dan sudut aktiviti seperti sudut membaca, sudut book review, sudut mari bercerita, sudut Cyber dan beberapa sudut lain lagi yang menjurus untuk kegiatan pembelajaran

Sudut bacaan dan sudut mari bercerita .

Sudut Video dan Cyber Corner . Murid-murid sedang melayari internet dan berinetarksi dengan rakan-rakan sebaya di sekolah-sekolah lain.


Guru-Guru Besar dan Pegawai-pegawai dari JSS ikut meninjau Perpustakaan SR PKN Bukit Beruang.

Cikgu Samihon bin Hj Kachi, Guru Besar SR PKN Bukit Beruang dalam ucapan alu-aluan dan Cikgu Hj Ramli bin Hj Abd Rahman , Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Bahagian Pelajaran Rendah merasmikan Perpustakaan dan Blog Perpustakaan SR PKN Bukit Beruang Tutong II

0 comments: