05 May 2010

Lawatan Pmk PP Daerah Tutong ke Sekolah Pedalaman - SR Kg Bukit

Pmk PP Daerah Tutong bersama pegawai-pegawai JSS Daerah Tutong telah pun membuat lawatan ke SR Kg Bukit yang merupkan sebuah sekolah Pedalaman. SR Bukit yang mempunyai bangunan baru yang baharu sahaja digunakan pada awal tahun ini menampung pelajar-pelajar dari KG Bukit sendiri dan Pelajar dari Kg Long Mayan.

Guru Besar SR Kg Bukit Cikgu Jalan bin Ramai berbincangan dengan Pmk PP Daerah Tutong . Dalam lawatan tersebut Pmk PPDT juga berkesempatan berbincang dengan guru Mathematics Tahun 6 mengenai pencapaian Mata Pelajaran Mathematics pada penilaian pertama 2010.

Pmk PPDT juga berkesempatan melihat "Peer Observation" yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah tersebut yang merupakan satu program staff development untuk membantu guru baru.

Turut ditinjau ialah aktiviti pembelajaran dibilik darjah, kemudahan ICT dan perpustakaan.

Muzakarah degan Guru-Guru SR KG Bukit untuk menyampaikan saranan khususnya untuk merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan dalam Program Literasi dan Numerasi.

0 comments: