18.5.2010 -Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong II melalui program school cluster telah pun membuat "Showcase Program Numerasi 2010" di Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong.
Tetamu Undangan majlis tersebut ialah Cikgu Hj Ramlee bin Hj Abd Rahman ,Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Rendah). Cikgu Ali Hamdani bin Hj Mohd Diah, Ketua bahagian Numerasi Jabatan Sekolah-Sekolah juga hadir sama. Selain itu Pegawai-Pegawai dari Bahagian Pelajaran Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah juga hadir.
5 Kertas kerja yang berbentuk School Best Practices yang dikongsisama ialah:
i. Cross Puzzle Mathematic Yr 4-5 - SR Penapar
ii. Sudoku Year 6- SR Danau
iii. 30 seconds Maths Challenge -SR DPS Ukong
iv. ICT Mathematics Project Power Point Presentation - Yr 4,5 and 6- SR AR Tanjong Maya
v. Mental Computation Challenge Tahun 1-3 - SR Benutan

Pmk Penolong Pengarah JSS Tutong Cikgu Abdul Kani Abdullah membuat ucapan alu-aluan sebelum sesi kongsisama dijalankan. Pmk PTTKK (rendah) Cikgu Hj Ramlee bin Hj Abdul Rahman dan Cikgu Ali Hamdani bin Hj Mohd Diah , ketua bahagian Numerasi Jabatan Sekolah-Sekolah sama-sama mendengar penyampaian kongsisama Program Numerasi 2010.

Pegawai-Pegawai Bahagian pelajaran Rendah Jabatan sekolah-Sekolah yang turut hadir.





Penyampaian Kertas Kerja dari guru-guru sekolah-sekolah rendah Kawasan Tutong II.
18 May 2010
Kongsi sama Program Numerasi Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong II 2010
Posted by Abdul Kani at 9:59 PM 0 comments
Majlis Tahlil dan Doa Arwah Japser Daerah Tutong dan Derma Kebajikan
Japser Tutong I dan Tutong II telah mengadakan majlis Tahlil dan Doa Arwah serta penyampaian derma kebajikan kepada 3 ahlinya atas kembalinya ke Rahmatullah Bapa kepada Cikgu Samihon bin Haji Kechi, Ibu kepada Cikgu Hajah Katijah Hj Idris dan Ibu kepada Cikgu Leneh binti Hj Duraman baru-baru ini.
Dalam majlis yang sama juga disampaikan derma kilat atas musibah yang menimpa kepada keluarga Cikgu Shukri bin Hj Abdullah bila mana rumah kediaman mereka terlibat dalam kebakaran di Kg Terlisai baru-baru ini.

Bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Cikgu Hj Abd Mutalip bin Hj Abd Ghani. Derma kebajikan disampaikan Olh Pmk PP Daerah Tutong kepada Cikgu Samihon Hj Kechi.

Derma kebajikan Kepada Cikgu Leneh binti Hj Duraman dan Cikgu Hjh Katijah binti Hj Idris
Sumbangan derma kilat kepada Cikgu Shukri bin Hj Abdullah.
Posted by Abdul Kani at 9:36 PM 0 comments
06 May 2010
Program Numerasi Sudoku -SR Danau Tutong II
Sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kemahiran Numerasi dikalangan pelajar sekolah rendah ,SR Danau memperkenalkan program pembelajaran Mathematics -Sudoku -ke sekolah-sekolah rendah Daerah Tutong pada tahun 2009 . Program ini merupakan salah satu program school Cluster sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong II .
Program numerasi yang berkonsepkan Play Fun and Learn More ini membolehkan pelajar mempelajari Mathematics menerusi permainan menggunakan Computer Laptop Mac Book.
Menerusi program ini pelajar-pelajar memerlukan kemahiran berfikir yang cepat dan tepat untuk menyelesaikan permasalahan Sudoku. Pelajar yang terpantas menyelesaikan permasalahan mathematics ini akan menjadi pemenang pertandingan. Pada tahun ini seramai 13 orang pelajar mewakili sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong II mengikuti pertandingan peringkat seringan. Tiga orang pelajar terpantas akan akan dipilih memasuk peringkat akhir.

Cikgu Mohammad bin Hj Zaidi menyampaikan ucapan alu-aluan . Tetamu khas pertandingan Pmk PP Daerah Tutong Cikgu Abdul Kani Abdullah dalam ucapannya menyarankan agar program ini digunapakai di sekolah-sekolah sebagai program pengayaan numerasi untuk menggalakkan minat pelajar-pelajar sekolah rendah dalam Mathematics.

Guru-Guru Besar , Penolong-penolong Guru Besar serta guru-guru pengawas yang hadir dalam pertanding peringkat akhir Sudoku 2010.


3 orang pelajar yang memasuki peringkat akhir sambil diawasi oleh hakim pertandingan.

Pemenang tempat pertama Dayang Celeny Rohana Roma Tius Anak Tikom, SR PKN Bukit Beruang (6.00 minit).
Pemenang Kedua Awang Abdul Muiz bin Karim , SR Layong (6.58 minit)
Pemenang ketiga Awang Afiq Hamizan bin Amzah, SR Penapar (8.00 minit)
Posted by Abdul Kani at 6:56 PM 0 comments
05 May 2010
Lawatan Pmk PP Daerah Tutong ke Sekolah Pedalaman - SR Kg Bukit
Pmk PP Daerah Tutong bersama pegawai-pegawai JSS Daerah Tutong telah pun membuat lawatan ke SR Kg Bukit yang merupkan sebuah sekolah Pedalaman. SR Bukit yang mempunyai bangunan baru yang baharu sahaja digunakan pada awal tahun ini menampung pelajar-pelajar dari KG Bukit sendiri dan Pelajar dari Kg Long Mayan.

Guru Besar SR Kg Bukit Cikgu Jalan bin Ramai berbincangan dengan Pmk PP Daerah Tutong . Dalam lawatan tersebut Pmk PPDT juga berkesempatan berbincang dengan guru Mathematics Tahun 6 mengenai pencapaian Mata Pelajaran Mathematics pada penilaian pertama 2010.



Pmk PPDT juga berkesempatan melihat "Peer Observation" yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah tersebut yang merupakan satu program staff development untuk membantu guru baru.

Turut ditinjau ialah aktiviti pembelajaran dibilik darjah, kemudahan ICT dan perpustakaan.

Muzakarah degan Guru-Guru SR KG Bukit untuk menyampaikan saranan khususnya untuk merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan dalam Program Literasi dan Numerasi.
Posted by Abdul Kani at 10:46 PM 0 comments
04 May 2010
SR PKN Bukit Beruang telah pun membuat perubahan kepada Perpustakaan Sekolah dengan konsep "School Library as Curiculum Partner" atau Perpustakaan Sekolah sebagai rakan Kurikulum. Dengan konsep ini perpustakaan bukan lagi sekadar tempat meminjam atau mebaca buku-buku cerita tetapi akan berperanan lebih luas ia itu Perpustakaan tempat belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan dan informasi yang berkaitan dengan mata pelajaran yang dipelajari dibilik darjah.
Selain menyediakan program=program dan aktiviti pembelajaran , perubahan -perubahan lain yang dibuat ialah menyediakan sudut-sudut pembelajaran dan sudut aktiviti seperti sudut membaca, sudut book review, sudut mari bercerita, sudut Cyber dan beberapa sudut lain lagi yang menjurus untuk kegiatan pembelajaran

Sudut bacaan dan sudut mari bercerita .

Sudut Video dan Cyber Corner . Murid-murid sedang melayari internet dan berinetarksi dengan rakan-rakan sebaya di sekolah-sekolah lain.

Guru-Guru Besar dan Pegawai-pegawai dari JSS ikut meninjau Perpustakaan SR PKN Bukit Beruang.

Cikgu Samihon bin Hj Kachi, Guru Besar SR PKN Bukit Beruang dalam ucapan alu-aluan dan Cikgu Hj Ramli bin Hj Abd Rahman , Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Bahagian Pelajaran Rendah merasmikan Perpustakaan dan Blog Perpustakaan SR PKN Bukit Beruang Tutong II
Posted by Abdul Kani at 6:36 PM 0 comments







