06 May 2010

Program Numerasi Sudoku -SR Danau Tutong II

Sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kemahiran Numerasi dikalangan pelajar sekolah rendah ,SR Danau memperkenalkan program pembelajaran Mathematics -Sudoku -ke sekolah-sekolah rendah Daerah Tutong pada tahun 2009 . Program ini merupakan salah satu program school Cluster sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong II .
Program numerasi yang berkonsepkan Play Fun and Learn More ini membolehkan pelajar mempelajari Mathematics menerusi permainan menggunakan Computer Laptop Mac Book.
Menerusi program ini pelajar-pelajar memerlukan kemahiran berfikir yang cepat dan tepat untuk menyelesaikan permasalahan Sudoku. Pelajar yang terpantas menyelesaikan permasalahan mathematics ini akan menjadi pemenang pertandingan. Pada tahun ini seramai 13 orang pelajar mewakili sekolah-sekolah rendah kawasan Tutong II mengikuti pertandingan peringkat seringan. Tiga orang pelajar terpantas akan akan dipilih memasuk peringkat akhir.

Cikgu Mohammad bin Hj Zaidi menyampaikan ucapan alu-aluan . Tetamu khas pertandingan Pmk PP Daerah Tutong Cikgu Abdul Kani Abdullah dalam ucapannya menyarankan agar program ini digunapakai di sekolah-sekolah sebagai program pengayaan numerasi untuk menggalakkan minat pelajar-pelajar sekolah rendah dalam Mathematics.


Guru-Guru Besar , Penolong-penolong Guru Besar serta guru-guru pengawas yang hadir dalam pertanding peringkat akhir Sudoku 2010.

3 orang pelajar yang memasuki peringkat akhir sambil diawasi oleh hakim pertandingan.


Pemenang tempat pertama Dayang Celeny Rohana Roma Tius Anak Tikom, SR PKN Bukit Beruang (6.00 minit).
Pemenang Kedua Awang Abdul Muiz bin Karim , SR Layong (6.58 minit)

Pemenang ketiga Awang Afiq Hamizan bin Amzah, SR Penapar (8.00 minit)

0 comments: